Bibik Oh Bibik .. Part 9 Kisah terakhir

16. Imas Suminar Didih .

Inilah pembantu paling mahal yang pernah aku ambil, "she cost me RM8 k "...macam meminang anak dara orang pulak rasanya.
Namanya Imas Suminar Didih, ibunya bernama Dodoh ( jahatnya aku gelak tak hengat bila dapat biodata dia ) . Dalam biodata usianya 22 tahun,. BIla sampai baru kutahu umurnya cuma 16tahun . Aku mahu mengambil seorang lagi pembantu untuk meringankan beban dia, tapi dia takmo. Dia sanggup kerja seorang saja. Lebih aman katanya . Adik beradiknya 9 kesemuanya, dia anak ke 4. 3 kakaknya semua berkerja di Saudi tapi tak seorangpun sudi membantu membiayai pelajaran dia.

Sebenarnya dia ni pelajar tahun ke 3 Prasentren ,.........
tapi kerana kemiskinan hidup, dia terpaksa berhenti untukmemberi laluan kepada adik adiklelaki belajar dulu.  . Lagipun katanya , hutangnya dengan pihak sekolah sudah menjangkau Rp20juta . Maka dia tinggalkan pengajian untuk berkerja dengan niat untukmelangsaikan hutang hutang sekolahnya nanti.


Walaupun usianya cuma 16tahun  ( sekrg dia dah 18 tahun ye ) , tapi rajin dan tak degil budaknya. Apa diajar itu yang dia buat, cepat pulak tu pandai.  Tapikerana umurnya muda, sikap keanak-anakkan tetap ada. Suka menyakat, terloncat loncat main bola dipadang dengan anak-anakku . Cuma dari segi kerja rumah, dan menjaga anak bongsu ku, memang boleh dipuji .


Imas nama panggilannya , kesukaan dia membaca Novel.......maka berlambaklah novel dirumahku sekarang . Dia pulaktak suka keluar rumah, hatta untukshopping atau makan-makan , diwaktu lapang dia menonton TV dan membaca novel. Tapi sejak memliki Nokia C3,dia leka ber FaceBook pulak.

Tapi aku cuba untuk faham, kerana anak-anakku yang seusia dia juga mempunyai kegemaran yang sama.

Apapun aku harap dia lama berkerja denganku, tak larat dah nak cari pembantu baru , lagipun aku cukup selesa dengan Imas .
Kepada pembaca tolonglah doakan ye....aku suruh dia kerja sampai umur dia 25tahun( hehe lagi 7tahun tu ) . Mudah-mudahan bila tiba masa itu, duit diadah banyak utk memulakan kehidupan baru di tanahair dia nanti.






TAMAT .

8 comments:

Azie said...

dlm ramai2 ex-bibik2ku yg ada, bibikku yg berumur 16 thn juga yg tip top. since usia masih muda, senang dia melayan budak2, yg treat dia mcm kakak. pastu, bila bibik yg muda ni senang diajar, ikut kata. yg dah tua2 ni, byk cekadak sket..

mummy raisha said...

salam,
hai kak singgah sini bace sume part Bibik oh bibik..huhuu kelakar la mcm2 ragam manusia kan..

Farlin said...

wahhh best betul baca blog nie kekekeke...i igt i sorang terkena pembantu penipu pencuri.....mcm2 rupanyer ada gak orang senasib dgn saya......

Unknown said...

Sya dh 5 org bibik..mcm2 karenah,bibik ke2 lari hbis sapu bersih duit & brg kemas yg emak x pakai..

Unknown said...

Sya dh 5 org bibik..mcm2 karenah,bibik ke2 lari hbis sapu bersih duit & brg kemas yg emak x pakai..

Unknown said...

Sya dh 5 org bibik..mcm2 karenah,bibik ke2 lari hbis sapu bersih duit & brg kemas yg emak x pakai..

Unknown said...

Saya baru terkena ngan bibik dua tiga hari lepas.dia lari pastu tuduh saya maki hamun dia dua tahun.skrg dia bersama agen dan berusaha utk balik ke indonesia menerusi kedutaan indonesia.dia burukkan saya yg selama ni buat baik.saya dah terkena.boikot bibik indonesia

Unknown said...

kak, so camne cerita terbaru pasal bibik akak ek..sy ni org baru nak mencuba amik pembantu rumah, since wife baru abis pantang ni..any recommend samada amik dgn agen @ terus ke indo @ amik yg PATI?