Nama sebenarnya Mukarammah ( sempena nama Mekah ), nama neneknya Munawarrah ( sah sah sempena nama Madinah kan) .
Maid ni aku ambikngan agen Pak Bakar , boleh tahanlah kosnya dalam RM3500. Alahai lemah gemalai orangnya, cakappun cam bisik biskk, muda lagi dalam usia 20tahun.Menurut biodata tak pernah kerja rumah luar dari kampung halaman. Lepas CSI baru terbuka cerita, pernah kerja jaga kedai pakcik kat Kalimantan selama hampair 2 tahun, tapi ntah macamana bergaduh dengan kawan sekerja sebab kononnya kawan sekerja rampas cowok dia…huhu.
Mula-mula kerja tu oklah, bolehlah buat kerja rumah walaupun tak sempurna, aku pun cam malas dah nak tegur tegur sangat , letih asyik bertukar maid ni. Lagipun bila dah ramai dan lama menggunakan khidmat pembantu rumah, sikap toleransi tu menjadi lebih tinggi. Taklah nak cerewet sangat. Dia ni ku panggil Imah. Cengeng gak orangnya....asyik sedih sedih gitu. Mungkin lakunan atau mungkin sebab baru sampai, wallahualam..Masa tumelihatkan kelemahan kelembutan dia, aku cuak juga, camne dia nak jaga baby ke 5 aku bila lahir nanti....takpelah, sikit sikitlah ajar.
Tapi lepas sebulan aku nampak dia dah ada handphone, again dapat dari pembantu rumah sebelah. ..marah sangat rasanya dengan maid org sebelah, tapi takkan nak gaduh lagipun mana ada bukti sahih.Aku pun redha ajelah . Takkan nak rampas pulak handphone tu walaupun aku boleh melakukannya. Aku cuma memantau sajalah dengan pertolongan anak-anak . Aku dapat juga lapuran yang Imah ni makin rapat dengan Marni pembantu jahat sebelah rumah ku itu. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah masuk bulan ke 3, Imah kerja dengan kami.........
Entah macamana satu hari, suami aku balik awal,dia dapati sunyi aje rumah, dia pun masuk rmah diam diam aje..lepas tu dia menjengah kedapur …,masa tu dia dengar suara org duk bersembang kat luar rumah, dia jengah lerr sket, sekali ternampaklah Imah h ni duk bercanda ngan jantan mana ntah…siap beriba-ribaab tu kat tangga dapur rumah sebelah .Marni pun ada sekali…Tapi suami aku malaslah nak marah-marah…dia pun buatlah bising sket kat dapur..lepas tu naik atas, agaknya maid aku ni dengarlahkan majikan dah balik…dia pun masuk.
Balik kerja suami aku ceritalah kat aku, aku pun Tanya dia apa kes…macam-macamlah alasan dia bagi ...tapi aku pun payah nak terima akan keakraban dia dgn Marni, ditambah pulak ada jantan sekali , maka aku pun hantarlah balik dia kat agen,,,,,letihnyanyalah masa ni……sejak ujung tahun 2006 mmg takde nasib baik langsung dengan pembantu rumah…sabar ajelah…
Semasa dengan agen, barulah semua cerita terkeluar . Menurut Imah ( bercerita selepas dilempang agen ), Marni ni sebenarnya bertindak sebagai agen untuk kedai kedai makan . Dan sebenarnya Imah ni pun telah dirancang supaya melarikan diri ketempat kerja baru yang telah disediakan Marni dan kuncu kuncunya. Setiap pembantu yang berjaya di"employekan " oleh Marni, Marni akan dapat upah sebanyak RM500 . Banyak cantik, mendidih hati aku....kita bayar beribu, dia sesedap rasa "mencuri" macam tu saja.
Menurut Imah kesemua pembantu aku yang melarikan diri sebelum ini, mendapat kerja baru dengan bantuan Marni . Mereka juga diperkenalkan dengan jantan jantan yang kononnya menjadi kekasih mereka. Hampehhh......geram tak terkira . Aku rasa nak panggil Marni dan ganyang dia.
Kami pulangkan Imah pada agen dan memulakan pencarian baru.
Suamiku ada juga berjumpa dengan jiran sebelah dan bercerita kesemuanya akan perbuatan Marni, malangnyakata jiran ku, mereka tiada apa-apamasalah dengan Marni, maka mereka tidak akan berhentikan Marni . ( tapi bbrp tahun selepas itu , masa tu aku pun dah pindah dan jiranku pun dah pindah, ku dengar Marni telah diberhentikan akibat perbuatan yang menimbulkan kemarahan majikannya, ku tak CSI byklah, not interested dah ).
Masa tu memikirkan, kalau ku tuntut ganti pembantu baru dari agen, masalah ku tetap sama selagi kami berjiran dengan Marni . Maka ku putuskan untuk mencari pembantu illegal saja. Sehinggalah bila ku berpindah kerumah baru nanti.
0 comments:
Post a Comment