Bibik Oh Bibik .. Part 6 Lari Lagi ? ????


 
Lepas Leha lari , aku pun terus call agen minta hantarkan pembantu baru aku walaupun medical belum siap lagi. Mulanya niat dihati, nak suruh saja pembantu baru ni duduk dulu rumah agen, biar agen ajar apa yang patut sebab aku dah penat nak ajar . Tapi sebab takde pilihan, malam tu juga agen hantar pembantu baru aku .. 

9. Nina .
Sedapkan nama dia. Kecik molek orangnya , ketinggian dalam 140 cm dengan berat 40kg lebih kurang, berusia 26tahun ,janda beranak satu.  Bekas suaminya seorang penagih dadah. Aku agak cuak bila dia kata, dah 3 kali cubaan dia untuk berkerja di Malaysia ditolak kerana dia rendah . Eh...orang rendah tak boleh kerja ke? Pelik tapi aku biarkan saja persoalan tu. 
Baik juga orangnya , tapi kerja belum cukup pandai . Takpelah perlahan lahanlah belajar. Takde apa masalah aku dengan Nina , dan Nina ni telah aku tegah dari berkawan dengan Marni. Keesokan harinya aku buat medical check-up untuk Nina ...selang 2 hari aku dapat panggilan dari lab, mengesahkan ujian pemeriksaan darah Nina adalah  HIV positif. .....
Rasa nak luruh jantung aku , terus aku call suami aku , agen dan balik rumah. Risau giler akan anak-anak walaupun aku sememangnya tahu cara HIV berjangkit tapi bila berada dalam situasi macam ni, hehe panik pulak.
Suami aku lagi panik . Bila agen datang aku rasa macam nak lempang agen ni , tapi kena cool lah...dia pun bukan tahu apa-apa . Malam tu juga agen bawa Nina pulang . Dan sebenarnya inilah kali pertama aku cerita pada orang pasal kes ni.....dah 5 tahun berlalu . Sebelum ni aku cuma cakap, "medical tak lulus". Sebabnya aku risau takut orang lain terutama kaum keluarga cam fobia pulak nak datang rumah aku, karang takut pulak anak-anak jiran nakkawan dengan anak aku......Masa tu aku baru faham perasaan keluarga yang ada ahlinya mengidap HIV positif. Stressssss.

Maka lagi sekalilah aku takde pembantu rumah . Semua anak-anak aku angkutlah ke klinik . Nasiblah. , Malas nak susahkan ibubapa aku lagi.
Dan setiap hari jugalah aku call agen , minta ganti pembantu baru. Sudahnya dia hantar juga , makcik tua  yang belum dihantar kerumah majikan. Seminggu saja. Dan selepas itu dia hantar juga pembantu baru...Lina pulak namanya.

10. Lina.....
Lina ni sebenarnya dah 4 bulan masuk berkerja . Tapi dia minta tukar majikan sebab majikan dia yang perempuan selalu kerja malam ( jururawat rasanya ) dan selalu sangat dia tinggal dirumah dengan majikan lelaki dan bayi seusia 4 bulan. Kata Lina dia tak suka sebab majikan lelaki nya agak miang....dia takut. Wallahualam . Apa dia kata, itu yang aku tulis .

Lina ni asalnya dari Medan. Janda beranak 1 juga. Muda lagi dalam lingkungan 25 tahun. Muda muda dia orang ni menjanda . Lepas menjanda datang Malaysia...sama aje cerita mereka. Walaupun aku tak suka orang Medan tapi ku tiada pilihan . Istiharah minta petunjuk,kalau baik teruskan kalau tak baik hentikan. Boleh tahan jugalah kerjanya walaupun selalu buat drama airmata, teringat anak kekdahnya. Aku sebenarnya menyampah kalau orang asyik menangis ni....dah nak masuk 5 bulan kat Malaysia takkan tak boleh sesuaikan diri lagi.

Lina ni selalu juga ku terserempak bersembang dengan Marni . Bila aku tanya , ada sajalah alasan dia...konon Marni pangillah, itulah, inilah.....lepas jemur kainlah...bla bla bla....
Lepas 2 minggu dia bersama aku, akhirnya aku buat keputusan untuk jadikan dia pembantu aku yang sah. Aku pun bagitahu agen minta uruskan proses penukaran permit majikan .
Sehari sebelum ke pejabat imigresen, Lina sudah kaburrr................lari lagi, ikut pintu belakang, kali ni waktu tengahari selepas Angah balik sekolah . Afif ditinggalkan bersama Angah . Aku balik waktu tengahari, terpinga pinga budak budak tu mencari kak Lina . Sebab aku dah ada pengalaman yang belumpun sebulan dengan Leha, aku macam tak heran dah. Lantaklah. Tapi dia bawa lari Buku Resepi aku, huhhhh Buku tu suami aku belikan ....1001 resepi masakan mudah ............

Akupun bagitahu agen ,minta ganti lagi sebab masih dalam tempoh. Tapi agen kata lambat dan berbagai alasan. Kali ni terpaksalah mak ayah aku datang membantu.
Akhirnya aku gaduh dengan agen minta duit aku balik. Agen kata dia tak jual orang , aku pun kata aku tak beli orang, aku cuma nak pembantu rumah dan RM5k aku bayar ..CASH U KNOW .Jenuhlah aku berperang dengan agen ( kat email aje ) sampai aku give up dan akhirnya aku buat kira kira berapa tuntutan aku, aku taklah claim RM5K solid , lepas tu aku tulis sepotong ayat " aku anggap jumlah ini hutang, selagi tak bayar selagi tu dia berhutang dengan aku , kena bayar gakkat padang mahsyar nanti." Aku kasi akaun number sekali.....hahhhhh aku berjaya dapat duit aku akhirnya.

Aku macam dah malas nak cari pembantu lagi, tapi tetaplah kugagahkan juga dalam pencarian pembantu ku yang ke 11 .

Fuhh dalam masa 12bulan aku ada 3 pembantu.....2 lari, 1 berpenyakit  . Takde rezeki betul aku untuk tahun 2005/2006 . Yang ke 11 pun sama juga..........eeeeeee


0 comments: