Ayam percik versi magic pan

Resepi diambil dari " buku resepi" di facebook

Bahan bahan
5bijiBawang merah
2 ulasBawang putih
1 inci Halia     . Ke 3 3 bahan ini dikisar
2 sudu besar Cili boh
1 cawan Santan pekat
Setgh ekor Ayam
Garam dan gula

Menggunakan magic pan .
Tumis sekejap bahan kisar dan cili boh. Masukkan santan. Biarkan sebentar. Masukkan ayam. Garam gula secukup rasa. Bila ayam masak. Keluarkan kuah dan panggang ayam hingga agak garing. Hidangkan bersama kuahnya.

Dendeng daging

Resepi
Daging sekilo potong besar rebus sampai empok .
Kemudian dipotong nipis nipis dan ditumbuk menjadi kepingan
Goreng daging tumbuk

Bawang besar 3 - 4 labu...cincang halus. Boleh juga kisar dengan sedikit air.
Belacan dalam seinci dihancurkan
Asam jawa secukupnya
Gula 2 sudu kecik. Sesedap rasa
Kicap kipas udang setgh cawan
Cili boh 4 sudu besar. Lebih pun takpe

Cara
Tumis bawang besar  belacan cili giling hingga masak. Minyak kena lebih sikit.biar cili dan bawang garing.  Masukkan kicap . Gula dan asam jawa. Masukkan daging dan gaul rata. Masak sekejap ikut nak kering macamana.
Siap.

Munafik - nota dari TU

Ini adalah nota kuliah yg dicatat secara langsung. Jika ada kesilapan tolong betulkan saya. Saya catat terus disini untuk simpanan dan rujukan diri.

Dari tanyalah ustaz di tv9 bertajuk munafik - ust firdaus subhi imam  mssaas

Siapakah munafik
1. Terlalu byk berbohong bila bercakap
2. Tidak amanah bila diberi amanah
3. Tidak menepati janji bila berjanji
4. Paling kuat menimbulkan permusuhan bila ada pergaduhan.

Munafik dari sudut akidah - ini yg disebut dalam quran
Munafik dari sudut amalan  - ini orang yg selalu mengikut nafsu dan perlu bertaubat.

Tidak ada dosa besar melainkan dgn memohon ampun
Tidak ada dosa kecil bila dilakukan berterusan kerana ia akan jadi besar

Ada diantara manusia setiap patah katanya cukup mengkagumkan hingga cair hati manusia bila dia berbicara tapi sebenarnya dia seorang munafik. Maka gunalah kelebihan  yg dikurniakan dijalan yang betul.

Org munafik akidah/iktikaf memperlihatkan diri sebagai islam tetapi hanya peebuatan tidak dihatinya. Hatinya tidak mengiktirafkan Islam.

Surah Annisa 42...gambaran orang orang munafik.
4 perkara .
1. Mereka cuba menipu Allah sebaliknya Allah yg menipu mereka.
2. Menunaikan solat diwaktu terakhir dan dlm keadaan malas
3. Jarang berzikir dan menunaikan ibadat sunat. Tidak mahu memohon keampunan
4.suka membangga bangga diri dikalangan manusia dan menunjuk bila beribadat.

( ya allah..jauhi aku dari segala sifat munafik )

Tidak mengiktirafkan hadis yang soheh boleh menjadikan seseorang itu murtad....

Sesiapa yang menzalimi diri sendiri..beristifar dan bertaubatlah.

1.Soalan
.Individu hipokrit melabel org keliling sebagai munafik.
Individu buta bisu bagaimana disoal nanti

Jawapan
Barangsiapa menuduh org kafir atau munafik. Dosa itu akan kembali kepada penuduh jika ianya tidak benar.

Orang oku adalah ujian. Di padang mahsyar yg akan bercakap adalah anggota lain. Tidak kira oku atau bukan.
Malaikat akan menjadi saksi.

2.soalan
Dalam solat kita baca doa iftitah umpama ikrar. Tetapi kita sebenarnya tidak benar benar menunaikan janji ini. Adakah kita dianggap munafik.

Jawapan
Dlm kehidupan adakala kita terleka maka kerana itu kita disuruh bertaubat selalu. Diwaktu kita suka diwaktu kita bergurau kita kkdg leka. Maka bertaubatlah. W.a

Orang beriman itu sentiasa melihat dosanya umpama sebiji batu besar yg bila bila masa akan menghempap kepalanya.
Orang yang fasik itu melihat dosanya umpama lalat dihidung. Dikuis sikit maka hilanglah dosa.

-yang baik dari Allah yang buruk dari saya. Mohon ditegur jika ada kesilapan mengambil nota.