SElamat Menyambut Hari Wanita 8/3/2011

takde idea nak berkarya bagai, ku ciluk aje dari email ...ntah siapa yang mengarang aku tak tahu, nak kasi credit pun takleh....yg pasti aku share kat sini, tapi bukan karangan aku......sama-sama hayati....
kaum adam pun kena gak hayati.....

Untungkan menjadi wanita......beruntung...even dalam quran pun ada surah khas untuk wanita...
Komuterpun ada coach khas untuk wanita
Banyak produk lelaki wanita boleh guna, tapi kebanyakan produk wanita lelaki takleh guna...

"tangan yang menghayun buaian itu mampu mengoncangkan dunia"

( psst : camne ekk, anak-anak aku dulu guna buai letrik lah....lenguh weii nak ayun....)



Buat kaum hawa selamat hari wanita...hayatilah bait2 ini..
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Selamat hari Wanita

0 comments: