Bibik Oh Bibik Part 4 .. Murni paling lama


7. Murni......


Dia ni paling lama kerja dengan aku , dalam 5 tahun . Tak banyak kerenah orangnya , rajin , sopan dan baik dengan budak budak . 
Faktor utama kenapa dia kerja begitu lama, aku rasa sebab dia sayang sangat dengan anak ke-4 aku, AFIF . Maklumlah aku lahirkan AFIF selepas setahun dia kerja dengan aku, maknanya dia jaga AFIF selama 4 tahun. 
Dan waktu Murni kerja nilah aku paling banyak berjalan ke sana sini, tinggalkan anak-anak aku dibawah pengawasan dia ( off course ada ibu bapa atau adik adik aku juga ).

MUrni ni  asalnya dari Lombok.....Masa dia datang rumah aku, umur dia 26tahun, menurut cerita dia 6 hari 6 malam dia naik bas dari Jawa ke Medan lepas tu naik feri lak ke Port klang...lama ekk naik bas....

Murni ni masa kerja ngan aku .........., ikut aku kemana saja, kira habislah semenanjung dia ikut setiap kali aku holiday .Sampai aku gi BAli pun aku bawa dia ..Dia siap beli kamera untuk ambik gambar sebab banyak berjalan. Dia nipun bukan jenis cerewet, lepas tu takdelah munta muntah bila naik kereta , jadi senanglah aku bawa dia kemana saja.



Tapi biasalahkan, kali ni aku pulak jenis majikan tak reti bersyukur, lagipun kekadang aku geram sebab suami aku baik sangat dengan Murni ni...bukanlah aku cemburu, tapi aku rasa kita takleh baik sangat dengan pembantu ni, nanti naik kepala.
Lagi satu yang buat aku marah, lepas2-3 tahun kerja, kalau dia nak apa-apa dia mesti cakap ngan suami aku, dia tak cakap ngan aku walaupun aku ada kat rumah. Aku tahu, sebab dia tahu kalau minta ngan aku payah sket dapat, kalau minta ngan suami aku....cepattt dan mudahh aje dapat. Kekdg pakai SMS aje nak minta apa-apa. Aku kalau dah marah, marah betul betullah.........membebel pot pet pot pet 20jam tak stop stop. kecik hati kut dia ngan aku ( kalau aku jadi dia pun aku mesti tak suker )

Lepas 5 tahun, dia nak berhenti...Pandai pulak aku  susah hati, sedih semua ada .......tapi aku buat selamba derkk juga .Eksyenkan aku . Taknaklah aku pujuk pujuk . Tapi dia baikhati, dia tunggu sampai aku dapat pengganti baru walaupun ambil masa 6 bulan. Lepas tu dia tunggu seminggu untuk ajar pembantu baru jaga AFIF ......aku tahu dia sebenarnya sayang nak tinggalkan rumah aku, tapi aku salah gak sebab tak pujuk dia.

Bila dia dah balik, aku kemaslah barang barang yg dia tinggal, aku jumpalah sehelai kertas , lebih kurang camnilah dia tulis
" bapak baik sangat orangnya . Ibu pun baik tapi suka marah marah sejak kebelakangan ini. Ibu..nanti kalau punya pembantu baru, janganlahmarah marah "...alahh sedih hati aku.
Aku sayang sebenarnya dengan dia, sepanjang kerja ngan aku, aku dah hadiahkan dia cincin, rantai, gelang dan subang...emas 916 ye bukan imi tau. Aku harap dia simpanlah pemberian aku tu.



Masa kerja dengan aku sempat juga dia kumpul duit, beli 12 ekar tanah sawah. Lepas tu dia azam nak bina rumah, malangnya dia berhenti sebelum sempat bina rumah.

Lepas tu ada bbrp kali dia call, tanya khabar tentang anak anak terutama Afif. Dia ada cakap ngan aku dia kerja kat singapore . Lepas tu bbrp tahun dulu dia ada call aku bagitahu dia nak kahwin . Semoga dia bahagia.......

Ni dah lama dia tak call, dah beranak pinak agaknya. Afif pun dah umur 10 tahun skrg.
nanti ada masa aku letak gambar dia .


OK..lupakan kisah Murni....

kita bercerita pasal maid seterusnya pulak....huhhhh panjangnya .....baru 7..ada lagi separuh,...korang sanggup ke baca ?

6 comments:

~MEZAH~ said...

waduh2 buk...kok dimarahin saja si murni tu...hahaha...cepat2 sambung kisah seterusnya...

Nini D.. said...

tulis lagik Mak Ida...sampai esok pon emy sanggup baca.. :)

U-jin said...

kih3..tergelak den..

Farlin said...

bestt gak ya kelakarrrrr

Unknown said...

saya baru pertama kali ambik maid.. harap bagus seperti murni..

Unknown said...

Saya baru difitnah bibik dua hari leoas.dia pun dah lari dgn agen dia.