Kesian Akmal

Asyik bercerita pasal cinderella, hari ni cerita pasal Akmal pulak

Sebenarnya kejadian ni berlaku 17/3 , dah 2 minggu berlalu . Tengahari tu masa aku sedang kerja tetiba suamiku talipon , cemas giler suaranya " Idah....balik cepat, kepala Akmal berdarah , dalam sgt luka nya"......Ya Allah, tersentap jantung aku, mulalah terbayang yang bukan bukan. Aku bayangkan Akmal pecah kepala ke macamana entah. Berdesap aku bawa kereta.

Sampai kat rumah, Oh suamiku kenapalah suka buat gempak, panik tau.....speeding tak hengat aku tadi.

Nilah luka nya, dia terjatuh terhantuk kerusi .....
masa aku sampai rumah, darahpun dah berhenti .

 Ni gambar jururawat sedang bersihkan luka dia. Bila jururawat ni pasang plaster "steril stripe" aku rasa macam nak buat sendiri, sebab teknik jururawat tu salah.


Kalau dulu waktu Ariff dan Ashraff , setakat luka luka macamni, aku jahit sendiri aje ...tapi bila sampai giliran anak bongsu ku, si Akmal ni, takde dah kekuatan nak buat semua ni. Maka ku bawalah ke KPJ Shah Alam . Tak jahitpun, guna plaster aje. Ku fikir kat KPJ ada gam , rupanya kat DEMC aje ada.

Dah siap pasang plaster , walaupun ku tak suka, ku diamkan aje.
Akmal pun beri kerjasama yang baik, takde meraung raung .
Budak lelaki macam tulah...kena kuat.............

0 comments: