Bibik Oh Bibik .. Part 8 kesemua mereka PATI

Sebab dah bosan dengan gangguan Marni, dan terasa betapa peritnya terpaksa keluarkan duit beribu ringgit, tak termasuk bayaran denda lagi. Lagipun akujadi risau, kalau berturut turut 3 kali pembantu rumah lari, menurut sumber tertentu, nama kitaakan di senaraihitamkan dari memohon pembantu rumah. Habis tu....macamana aku nak survive? Kalau kerja ku mengikut waktu pejabat mungkin boleh hantar ke nursery, tapi kerjaku cuma habis jam 10mlm, suami ku pulak selalu OST.

Akhirnya ku kembali ke Kayu Ara , mencari pembantu ......dan ini kisah mereka.....

12. umi.....

Nama penuh ku tak tahu, Berusia dalam lingkungan 25tahun,.katanya datang dari Jawa melawat keluarga disini .Pertama berjumpa kurasakan orangnya agak kasar . Tapi sebab tiada pilihan, ku beranikan hati juga .
..garang nak mampus..itu kata anak-anakku. .. Menurut anak-anak, sewaktuaku kerja, selepas kak Umi siapkan kerja, anak-anak disuruh duduk dibilik, buat kerja sekolah atau baca buku, dan kak Umi akan menontot TV mengikut kegemarannya. Anak-anak tak boleh tengok kartun ( aku suka juga sebenarnya , baru anak-anakku tahu haha ) , lepas tu kalau aku beli makanan , macam biskut chipsmore, hehe semuanya kak Umi akan makan , sebab alasannnya , aku yang suruh dia makan ( lorrr memanglah bila pembantu baru datang, ku selalu pesan, kalau nak makan, makanlah tak payah segan .)
Yang buat aku agak marah dan tawar hati, bila satu hari sewaktu ibuku datang, ibuku minta tolong Umi angkat tong gas masuk kerumah , boleh dia jawab "angkatlah sendiri, sebab dia tak terima arahan orang lain kecuali majikan dia ".......bengongkan.....
Sebulan saja dia kerja dengan aku,  lepas dia balik  cuti aku tak ambik dah.....anak aku tak suka....

Lepas tu ku dapat bibik baru

13. Bibik rabun

Bibik ni rabun orangnya, ehh..bukan rabun, tapi bermata 1, mata sebelah lagi mata batu,. Tua dah orangnya tapi agak bergaya, Aku tak kisah, aku perlukan sementara kufikirkan jalan keluar . Bibik rabun ni aku tak tahupun namanya. 2 minggu saja dia kerja dengan aku..........bila nak berhenti, dia cakap dengan aku, sebenarnya dia setuju kerja kat rumah aku sebab masa tu polis sedang sibuk buat serbuan demi serbuan kat kayu Ara tu.....hampehhhh...........buat rumahku jadi tempat perlindungan pulak. Aku rasa cam hantar dia ke polisi aje.....

Tapi sebab dia nak berhenti,akupun hantar dia balik.

Nasib aku kali ni benar-benar baik.............bibik rabun ni, bila ku hantar pulang.  Tetiba dia call aku balik, tanya aku nak pembantu tak? Sebab kawan dia nak kerja . Akupun patah balik, jumpa kawan dia , baik orangnya ....dan aku ambil bawa pulang...hehe mudahnya

14. BIBIK Mesri  kesayangan aku ......

Menurut ceritanya , dia baru saja dihantar ke situ oleh majikan dia, sebab majikan dia nak balik bersalin kat Indon sana. Dia kata dia ada permit tapi ada dengan majikannya. Majikannya campuran cina + Indon. .Katanya dah 3 tahun dia kerja di Malaysia ni.

Baik orangnya, kesudahannya bibik ni kerja dengan aku selama 4tahun lebih . Aku suka dia, baik orangnya, tak suka berkawan, taksuka keluar , tak suka belanja, tiap tiap bulan duit gaji dihantar kekampung buat menampung sekolah anak-anak disana.

Akhirnya  ku dapat gantian pembantu baru dari agen Mukaramah . Masa ni aku dah pindah rumah, dah aman dari gangguan Marni. Maka aku guna 2 khidmat pembantu rumah


15. Ninik

Itulah namanya. Pernah bekerja 2 tahun di Malaysia. Tapi pulang ke Indon selepas tamat kontrak. Banyak kerenah budak ni, gatal pun ye.  Biadap pun ye. Lepas 6 bulan kerja, dia melarikan diri. Aku pun tak kisah, malah suka. Lagipun dah melalui  banyak kali , dah lali pun

Maka ku teruskan saja khidmat bibik, selagi mana dia nak kerja . Tapi akhirnya dia berhenti juga sebab nak balik kampung .

Dan sekarang bersama ku pembantu ku yang ke 16 .





0 comments: