Kek Baldu Merah a.k.a RedVelvet Cake

Alahai sesekali rasa cam blog masak masak pulak . Lantaklah.......

Since lately everybody are talking about this redcakes, may be because Chinese New year just around the corner or its a new recipe in Malaysia, I'm not sure enough. Bit one thing for sure, I want to try this cake .

Here we go..........

Red Velvet Cake

Bahan A
2 1/2 cawan tepung naiksendiri ( i use tepung gandumcap sauh aje mixed with 1 teaspoon baking powder ..ok apa ... )
2 tablespoon cocoa powder (I love van Houten ..terasa coklatnya )
1 teaspoon soda bicarb

( sila ayak ye semua bahan di atas )

Bahan B
2large eggs ( since mine is grade C, I use 3 eggs ...pray to God, the cakes will turn gebuss )
1 1/2 cup vegetable oil
1 cup buttermilk ( mine is 1 cup of fresh milk + 1 table spoon of vinegar )
1 tablespoon vinegar
3tablespoon red coloring ( i guna 5 star )

( mixed all the above liquid ingredient till well incorporated - betul betul sebati . Takyah pakai mixer,. guna senduk aje ..)

2 cups castor sugar


Caranya :


Panaskan oven 160 c
Sediakan 2 loyang 8inci diameter , lapik dengan grease / baking paper ..senang sket nak keluarkan kek nanti as mine murah punyer loyang.

Sebatikan bahan A dengan gula hingga semua rata ( faham tak ayat ni, cam pelik bunyinya )
Masukkan Bahan A yg bercampur gula tadi kedalam adunan B .
Kacau rata -rata .

Bahagikan adunan kepada 2loyang dan bakar selama lebih kurang 35min ( ikut kecanggihan dapur memasing )

Biarkan sejuk............boleh topping
I suka cheese frosting topping


Cheese Frosting

8ouz cheese cream ( sebungkuslah tu )
1/2 caw butter
2 cawan icing sugar
vanilla essence
lemon zest kalau ada ( takdepunsedap juga )

Cream the cheese cream and butter till creamy
add in little by little the icing sugar, till well mixed and creamy
flavoured witk vaillaessence and lemon zest

Topping lah,apa lagi................yummy .Sedap lah kekmerah ni




sememehnya budak akmal ni

Bread and butter Pudding


Jenuh dah rasanya cuba buat Bread and Butter Pudding , macam macam resepi dah cuba , ada aje yang tak kena...selalunya keraslah, tak macam kat hotel....

Hari ni macam teringin sangat nak makan , bukan mengidam ye ....

Buka peti ais, ku jumpa sekotak whip cream, 3 biji pisang , ada kismis ....cam bagus kalau diadun ni...maka proses pun bermula






Bahan yang kuguna tadi

10 keping roti gardenia
mentega untuk disapu pada roti , lepas tu potong roti tu kecik kecik.
kismis
pisang dipotong kecil kecil

Adunan susu
1/2 tin susu cair
1/2 kotak whip cream
4 sudu gula pasir
3 biji telur
esen vanilla

blenderkan semua sekali sampai gula hancur dan sebati

dalam Loyang susun roti selapis, lepas tu tabur kismis dan pisang, lapiskan lagi dengan roti dan ulang proses sehingga semuanya habis

curahkan adunan susu tadi, dan biarkan 10min biar roti kembang
Tabur gula pasir supaya jadi ala caramel bila kena bakar nanti

Bakar guna teknik bain marie atau water bath dalam sejam dengan suhu 180C.



Sos kastard

2 sudubesar tepung kastard
1/2 tin susu cair
1/2 tin air
4sudu gula

masak semua sampai likat

sejukkan.


Tapikan, bila post kat FB, adalah kawan ku kasi tips, katanya lebih sedap kalau roti tu dibakar dahulu ... selain roti ..kalau nak lebih vogue der vass bole ganti dgn crooissant....pun di bakar dahulu juge.... proses lain smua sam...a ... letak whipped cream tu idok la pulak aku cube ... guna fresh cream lor ... tapi sama kot hasilnyea...utk inti yg lebih meletop ..bole la tambah kurma2 lebihan bulan posa yg lepas ... kalau ada yg suke aroma cinnamon ( kayu manis) bole ler tambah skit kannnn....sori chef nori ... saje nak kongsi2......itulah kata Chef Kay a.k.a Dr Kemz a.k.a pemilik kilauan idaman...........

Jadi chef pulak 15/1/2011

Dah lama sebenarnya kawan kawan aku ni nak belajar buat creampuff, tapi susahnya nak cari masa sesuai,,almaklumlah chef ni selalu sibuk .....terutama weekend, weekdays pulak anak murid kerja...

akhirnya, terluang gaklah masa nak ajar creampuff ni
sebenarnya aku ni taklah pandai sangat nak buat kuih ni, cuma belajar dari ibunda tercintasejak kecik kecik lagi sbb bonda akukan jual kuih ni , jadi selalunya akulah jadi assistant ..dapatlah upah

Sebab hari tu aku chef, maka aku deralah anak-anak murid suruh bawa butter, telur, tepung ...aku sediakan dapur aje...




mezah dengan azie..ntah apalah yang ditenung, agaknya menenung weight scale aku yang buruksss tu.......
ni Zurita, dialah yang paling sibuk nak belajar...oklah at least dah dapat pun tengok camne teknik nak buat creampuff ni....


yesss..nilah rupa creampuff yang dah siap dibakar..resepi kat bawah ye.....lupa nak snap gambar step by step..almaklum sambil tangan mengacau sambil bergossip lagi....


eh..aku nak try lah

mmmmmmmmmm sedappppnya.....ni Aen ..penuh perasaan tu







So kat sini aku buhlah resepi ye


Creampuff resepi ibuku

250mls air
150gm tepung gandum
4biji telur
125gms mentega ( 1/2 buku lerr tu )
gula sesudu
garam sikit
( garam dan gula ni takbuh pun tak cacat )

Cara-caranya

MAsak air dan mentega sampai mentega cair dan air mendidih
Tutup api .
cepat cepat tuang semua tepung dan kacau laju laju , sampai sebati
Sementara adunan tepung masih panas , masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sampai sebati .
Pipekan atas loyang
Jangan letak dekat dekat sangat nanti kembang
Bakarlah dalam 40 min dgn suhu 170c api atasbawah lebih baik, kalau ada kipas lagi bagus
Jangan buka oven semasa membakar atau ranaplah kuih ni jadinya
Nak tahu camne kuih ni dah betulbetul boleh keluarkan, tgk buih buih kat kuih ni, kalau dah takde maknanya done......kalau dah agak-agak garing tapi buih byk lagi, kecikkan api ye

Custard filling ( resepi campak campak aku - aku campak, anak murid catit )

4sudu tepung kastad
1/2 tin susu cair
1 gelas air
4sudu gula pasir

kacau sebati dan masak sampai likat

Belah puff tadi jgn sampai putus dan isi filling...apalagi ngappp lah


gambar??? tungguuuuu

18 - 20/12/2010 Rome oh Rome


Palantine Hill
Vatican City





Colloseo

Cantik juga senibina Rome ni

Bangunan apa ntah...lupaAfif..............

Happy faces....................akmal dan ayah, atas hip hop bus......
Finally sampai gak ..........menakutkan hotel ni.
Tengoklah, Ashraff dahl letih sangat terus landing ngan bag bag, muka pun cam nak meraung

Sejukkkkkk..............kami sesat sebenarnya nakcari hotel. Info kelamkabut, jenuh call, kejap suruh jalan sana, kejap suruh jalan sini...letih dibuatnya
Bandar Rome in the middle of night....yelah kita sampai tengah malam.....sepiii aje. takut gak, dahlah bawa anak-anak
Baru tiba dari Madrid .

15 - 17/12/2010 Madrid - Granada

Sebenarnya aku ni keliru dengan susunan kat blog ni........jadi silalah baca dari bawah keatas untuk n3 travelog ni......kalau nak ikut kronologi

Jadi cerita ceriti semua mula dari bawahlah ye....;))))






Feliz vivido Madrid...( selamat tinggal )...selepas ni kami nak ke ROme pulak

penat wehhh.................tidur dulu



a view on the way from Granada to madrid
Granada Bus station...............canggih
SALIDA a.k.a EXIT a.ka. Keluar ............................akhirnya kami tinggalkan Granada dengan seribu rasa syukur, rasa kagum dan rasa sedih pun ada


cantikkan senibina ni?
souvinier ?

terbelit lidah nak baca papan tanda
macam bintang walk
Restoren Arab
Lorong tu bukan untuk pejalan kaki sahaja ye...kereta pun lalulalang....beware

Lorong lorong sempit di Granada
Hungry..............kita pekena kebab dulu






Siling pun masyaallahh

Romantik kan ?
Istana ini dilengkapi dengan taman mirta semacam pohon myrtuscommunis dan juga bunga-bunga yang indah harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa), taman yang dikelilingi oleh 128 tiang yang terbuat dari marmar. Di taman ini pula terdapat kolam air pancur yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkar, iaitu dari mulut patung singa-singa tersebut keluar air yang memancar.

Kalaulah kat rumah ada taman camni...aisyehhh
ukiran penuh.....cant imagine how long does it takes to finished the whole wall
Granada dari Tingkap Istana................cantikkk


A Room .
Despite the heat, the coolness inside was amazing.





[quote]Tapi pertikaian internal menjadi penyebab kemunduran umat Islam di Andalusia, bukan kerana kehebatan dan kekuatan tentara Salib, seperti banyak disimpulkan oleh para sejarawan. Dan sayang, istana yang begitu megah itu tak lagi diurus, bahkan dijarah dan dihancurkan, termasuk Perpustakaan Cordova yang menyimpan banyak dokumen penting bagi ilmu pengetahuan
Al-Hambra adalah istana peninggalan pemerintah Islam terakhir iaitu Abu Abdillah ataupun Boabdil. Ianya dari perkataan Arab Al-Hamra bermaksud `merah', kerana warna bangunannya yang kemerah-merahan. Ianya diserahkan oleh Boabdil kepada Raja Ferdinand dan Isabelle pada 2 Januari, 1492. Tahun yang sama Christopher Columbus memulakan pelayaran menjelajah dunia.

Bermulalah zaman penghapusan orang Islam yang dipanggil Spanish Inquisition. Orang Islam dipaksa menukar agama kepada Kristian Katolik. Mereka yang enggan diusir ke Maghribi. Ada yang enggan berhijrah dan mengaku menukar agama kerana takut dibunuh tetapi masih mengamalkan cara hidup Islam dan digelar orang Morisco. Akhirnya pada tahun 1616 umat Islam benar-benar terhapus apabila beratus ribu Morisco ini diusir keluar.

Bangsa Berber atau Moor pertamakali menundukkan Andalusia dalam cahaya Islam. Berabad-abad umat Islam berusaha memakmurkan negeri yang gersang, tandus, dan penduduknya yang angkuh dan keras itu, hingga kemudian menjadi sebuah negeri yang subur, makmur, dan menjadi pusat peradaban dunia.

Lorong Indah menuju ke Istana


The Alhambra and the backdrop of the magnificent Sierra Nevada mountain range.




Amerul di Taman Generalife
Di dalamnya terdapat berbagai ruangan yang indah iaitu Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), iaitu ruangan pengadilan nan luas 15 m x 15 m, yang dibina oleh Sultan Yusuf I (1334-1354); Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar dengan luas bangunan 6,25 m x 6,25 m yang dipenuhi dengan hiasan-hiasan kaligrafi Arab; Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan), ruangan yang berukuran 36,6 m x 6,25 m yang terdapat pula al-birkah atau kolam pada posisi tengah yang lantainya dibuat dari marmar putih. Luas kolam ini 33,50 m x 4,40 m dengan kedalaman 1,5 m, yang di ujungnya terdapat teras serta deretan tiang dari marmar;

Ruangan Dua Perempuan Bersaudara (Baitul al-Ukhtain), iaitu ruang yang khusus untuk dua orang bersaudara perempuan Sultan Al-Ahmar; Ruangan Sultan (Baitul al-Mulk); dan masih banyak ruangan-ruangan lainnya seperti ruangan Duta, ruangan As-Safa', ruangan Barkah, Ruangan Peristirahatan sultan dan permaisuri di sebelah utara dan ruangan ini ada sebuah masjid iaitui Masjid Al-Mulk




Kini Alhambra telah diwartakan oleh UNESCO sebagai salah satu Warisan Dunia. Warisan yang ia ditinggalkan berupa kegemilangan arsitektur bangunan abad pertengahan: dari mulai kecantikan ornamen, integrasi yg serasi antara bangunan dengan alam sehingga proporsi aritmetis jendela, pintu dan bahagian lainnya. Di bahagian lain kompleks, Taman Generalife memancarkan keindahan unik perpaduan suara gemericik air, simetrikalisasi aritemetis penataan puri & taman, serta tanaman hiasnya. Taman ini dianggap sebagai hasil penafsiran gambaran surga dalam Al-Qur'an oleh para arkiteknya......
Sejarah kegemilangan Islam di Sepanyol dirintih oleh Tariq bin Ziad & Musa b Nusair pada tahun 710. Islam tersebar ke seluruh Sepanyol hingga ke selatan Perancis. Kerajaan Islam memerintah selama 700 tahun di Sepanyol. Islam gemilang, ketika dunia dan Eropah melalui Zaman Gelap. Budaya ilmu subur di bawah pemerintahan Islam. Beribu buah perpustakaan telah wujud di Andalusia.
Alhambra
Nilah tujuan aku nak sangat ke Granada . Aku nak saksikan kebesaran sejarah peninggalan Islam......dalam kekaguman dan kesedihan. Jatuhnya Alhambra bermakna berkuburnya kebesaran Islam disini, malah dimata Eropah ....sedihnya dalam hati.

Alhambra (Bahasa Arab: Al Amra' yang bermaksud Istana Merah) adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota zilam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol (dikenali sebagai Al-Andalus apabila kotanya dibina), menduduki atas bukit teres di tenggara sempadan di bandaraya Granada. Ini adalah tempat tinggal raja-raja Muslim Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang sebuah museum yang mempamerkan kecantikan gaya senibina Islam.


Sekitar GranVia Street Granada

Kenapa ye hati ni nak sangat ke Granada ?????
Bienvenido a Granaderos ( selamat datang ke Granada )

Akhirnya, selepas 6 jam perjalanan menaiki bas, kami tiba gak di Granada. Tepat jam 12 malam , sebenarnya sebelum sampai, dalamhati risau sangat sebab dalam bayangan Granada ni macam tempat jinbertendang, dalam hutan ( ntah hapa-hapa punyer imagination ). Almaklum, kena ambil teksi nak ke hotel dan disebabkan kami ber 7 maknanya kena berpisah dgn 2 taxi...menakutkan. Tapi alhamdulillah, baiknya lah orang Granada ni, lemah lembut...2 taxi jalan sama-sama . Walaupun kami bercakap macam ayam dengan Itik , tapi pemandu taxi tu macam berusaha bersungguh sungguh nak berbual .

DiGranada kami tinggal di Hotel Atenas, hotel murah aje tapi service bagus dan reception Rachel ( sebut Ra Kel )tersangatlah friendly dan helpful. Gracias Rakel.........hehe
Kesian angah.........terus lemah dia.
ni gambar dekat Madrid Metro . Disebabkan metro sesak giler, anak-anak semua dah letih lesu, dahlah belum makan , sebab susah nak dapat makanan halal kat sini. Makan roti aje sudahnya.
Nampak tak "angah"...dia tengah sedih dan penat masa ni..........wallet dia kena copet dalam Metro. Kesian pulak tengok muka dia, dahlahkepenatan mengangkut beg beg yang banyak tu...masa ni aku lak tengah gelak gelaklagi..........tak sedar tu,sebenarnya kamera aku pun dah lebur...................amat cekaplah merekabuat kerja .
Tapi takpelah....jadikan semua ni pengalaman berharga dalam sebuah perjalanan kehidupan.
Apapun hidup mesti diteruskan
Welcome to Madrid . Tapi sebenarnya kita hanya akan berada di airport saja sebab selepas ni kami sekeluarga akan terus menaiki bas ke Granada.
Akhirnya selepas 3 jam penerbangan dari Gartwick, kami tiba juga di Madrid. Nasib baik airport tak tutup disebabkan ribut salji . Tapi dengar cerita , selepas bbrp hari kami tinggalkan London, airport ditutup semula...alhamdulillah