Bibik Oh Bibik Part 3 -Julie dan Watie

Masa berlalu, jenuhlah hantar anak gi nursery sementara takde pembantu. Sudahlah angah tu lasak, habis jari anak-anak orang di gigit. Selalu dapat komplen dari nursery , tapi kelakarlah kan report kat aku apa aku boleh buat, caretaker lah patut jaga supaya budak tu tak gigit anak orang. Budak umur kecik gitu mana faham sangat.


Atas usaha mak aku, dapatlah juga seorang lagi pembantu ,kali ni dari Batam pula

5. Julie ..
...Aku ambik kat Batam, ada org imigresen uruskan..... kos dalam Rm2k , murahlah juga..tapi takde permit. Sebenarnya Julie ni orang Palembang, janda kematian suami , ada anak 3 tapi semua di Palembang dengan ibu mertua, dia aje bawa diri keBatam kerjakat kedai makan sebab ibu mertua dia tak suka dia tapi sayang anak-anak dia. Lagipun katanya kat Palembang takde kerja, macamana dia nak bagi duit kat  mertua dia untuk jaga anak-anak dia. Tapi dia takde permit.........

Sebab takde permit , tiap tiap bulan Julie ulang alik naik bas ke JB dan feri ke Batam untuk chop passport...aduhai letihnya dan banyak gak duit keluar sudahnya .Lepas bbrp bulan, suami aku ke Medan, uruskan permit...legaaa ...jadi suami aku adalah pengalaman menguruskan permit kat indon sana....semuanya kena bayar uang kopi ...letih dibuatnya...apa nak buat..gagahkan juga...alhamdulillah , settle gak , dalam 2 tahun dia kerja ngan aku. 

Bagus Julie ni, baik ngan aku, ngan anak-anak aku . Aku kasi dia cuti sebulan selepas setahun, sekali tak sampai 2minggu dia dah muncul balik...rindu kat anak-anak katanya.
Alhamdulillah takde apa-apa masalah sepanjang dia kerja , tenangggg hidup aku sekeluarga. Masa ada Julie , aku dapat anak ke 3..Amerul. Julielah yang jaga dia .


Lepas 2 tahun, MIL dia jatuh sakit,dia pun minta berhenti, nak balik Palembang jaga MIL dan anak-anak dia...apa hak aku nak halang...sedih sebab hilang maid yang baik dan bermakna aku kena kuar duit lagi...aisehhhh

Kali ni agen kat Imigresen dah tak kerja kat situ ....aku cari agen lain, kat kelana jaya pulak, dalam 5k jugalah sudahnya.....apasallah mahal sangat nak ambik maid ( sekali lagi leburr bajet LV ku ...sampai bilalah tak merasa camni iskhh iskhh )

6.Wati ..


Budak Medan gak..walaupun aku fobia dengan orang Medan tapi aku tak banyak pilihan. Kerja setahun aje rasanya, balikcuti...leburrrr kaburr...............tak banyak citer pasal wati ni, pendiam orangnya, anak tunggal menurut ceritanya,kena kahwin paksa sebab ayah dia banyak hutang ngan tokeh kedai runcit, dia tak suka...terus lari....apalah punya orang, menyusahkan aku aje..bukannya nak kerja sangat, ingat rumah aku ni pusat pelarian ke hapa, dahlah bukan free, kena bayar tau...RM5K pulak tu.....sungguh aku rasa tertipu, rasa cam takmo bayar aje gaji dia...Tapi akukan baik hati..

Yang aku tak faham, kontrak 2 tahun,macamanlah aku boleh terpedaya dengan janji manis dia untuk bercuit sekejap selepas setahun...Tapi aku bijak gak, aku tahan gaji dia dalam RM700, aku cakap kat dia kalau dia tak balik, duit tu hangus, Dia setuju . Dia siap bersumpah kalau dia tak balik, dia rela karam dilautan ..ntah hapahapa,. lantak ko lah wati.

Satu hari, Wati call aku dari Medan, nak minta duit RM700 sebab " ayah dia nak jual dia pada Tokeh kedai runcit kalau dia tak kasi duit RM700 ." Aku dah malas nak percaya, jadi aku tak kasi. Beberapa hari selepas tu pembantu rumah sebelah rumah pula datang rumah aku, bagitahu Wati ada pinjam duit dia RM700. Haha kelakar, sebab aku simpan duit dia RM700, semua orang bercerita pasal duit sejumlah yang sama. Tapi aku tak kasipun.


Dan as expected , Wati tak balikpun bila tiba harinya,tapi aku tak haraplah dia dimakan sumpah sendiri. Cuma sendiri bersumpah, sendiri hati-hatilah kalau naik feri ke kapal atau apa-apa yang boleh menyebabkan karam.

Cerdik cerdik aku kena gak tifu ngan maid kan.....alahai..sabar ajelah...

Sib baik aku ada mak ayah yang baik hati, setiap kali maid aku hilangkan diri, merekalah jadi penganti jaga cucu kejap..

Lepas tu aku cari maid lainpulak .

0 comments: