Bibik Oh Bibik ..Part 5 ...Aduh Salehah Gadis Tsunami

  Bermula episode ngeri, seorang demi seorang melarikan diri...tension argggghhhh

8. Salehah ...


Budak aceh...penipu besar. Dia ni aku ambik kat Pusat latihan kat Medan, kebetulan aku gi sana jalan jalan, sambil menyelam, siap aku interview dia kat sana...pandainya menipu. Boleh dia claim tak pernah datang Malaysia sedangakan hakikat sebenar dia baru bbrp hari habis kontrak kat KL .
Aku ingat lagi aku jumpa dia petang 24/12/2004. Lepas aku interview dia , dia cakap petang tu dia nak balik Aceh nak jumpa mak ayah dan keluarga dia sebab dah 3 bulan dia berada dipenampungan ( Pusat latihan ) .

Tak kisahlah pasal tu, jadi aku pun pilihlah dia untuk kerja dengan aku.

Esoknya 25/12/2004  aku pun nak balik Shah Alam lah.  Masa kat Airport ada gempa bumi ...pertamakali pengalaman aku berdepan dengan gempa bumi yang begitu kuat. Semua bergoyang ..aku masa tu terbayang yang bumi akan terbelah dan telan aku hidup hidup...dan dan tu jugalah aku call mak ayah aku, anak-anak aku....huhuhu......emosi gak aku rupanya. Tapi masa kejadian aku tak tahu pun pasal Tsunami. Aku cuma tahu bila dah sampai KLIA, dalam Limo pemandu yang cerita.


Selang seminggu aku dapat berita yang Salehah pun kena Tsunami . Tapi dia hidup dan mampu ke Medan semula ( part ni aku sebenarnya musykil sket , sebab camne dia boleh ke Medan dalam keadaan huru hara camtu . Nanti aku cerita lagi di perenggan seterusnya.


BUlan Feb 2005 Salehah tiba dirumahku . Aku pun interviewlah dia pasal Tsunami . Nilah cerita dia ............ 
" Ibu....lepas jumpa ibu , Leha pulang ke Aceh, pagi tu sewaktu sarapan tetiba ada gempa bumi dan tsunami . Rumah , mak, ayah dan adik beradik Leha semua tak dapat selamat . Habis semua barang barang Leha hanyut, termasuk duit duit gaji sebelum ni .."   Buntang kejap mata aku  " Duit gaji?"


" Ibu , leha minta maaf sebab bohong sama ibu, sebetulnya waktu jumpa ibu leha baru aje tiba dari Malaysia, baru saja habis kontrak dengan majikan baru. Agen di Indon pesan, kalau di tanya [ernah ke Malaysia atau belum jawap saja belum "......huhuhuh Tifah tertifu.


OK..bagaimana kamu bisa selamat dari Tsunami ? 


" Sewaktu tsunami, Leha tersangkut di pokok , 3kali leha tenggelam timbul  didalam air yang hitam pekat ( cam real aje kan ) dan 3 hari leha tersangkut disitu sebelum air surut . Sepanjang waktu disitu Leha makan apa-apa saja yang boleh leha nampak terutama buah kelapa . Gigit saja guna gigi " ...kesian kan, luluh hati aku.


" Sekarang leha sudah ngakkk punya sesiapa lagi dalam dunia ni kecuali ibu dan bapak ( aku lah tu )"


Takpelah leha , kamu tinggal sajalah disini. Memandangkan leha ni baru berusia 20tahun  ( mudanya kan masa pertama kali dia dtg berkerja dulu ).,  dan baru saja lepas mengalami peristiwa ngeri, aku pun berlebih kurang sajalah dengan dia . 
Aku bagi dia tempoh bertenang, cuba jugalah hiburkan hati dia.  Siap bawa jalan jalan gi Genting tu , sudahnya dia bersukaria, aku yang jaga anak ...lantaklah..
Tapi kekadang dia ni cam orang sakit jiwa pun ada, suka berangan, bermimpi dan ntah hapa-hapa ....Lantak ko lah leha.


Keadaan bagus untuk 2 bulan , sehinggalah dia berkawan rapat dengan MARNI, pembantu rumah sebelah,yang baru bekerja dalam setahun . Sebenarnya aku tak berapa suka dengan Marni ni, sebab dulu dia selalu gaduh dengan Murni . Sehinggakan aku tak tahu siapa salah siapa benar.  Dan aku malas nak campur tangan . 


Pada satu hari, aku dapat lapuran dari anak aku yang Kak Leha dan ada handphone . Pelik binti ajaib ...pembantu aku tak dibenarkan memiliki handphone tanpa persetujuan aku. Dan Leha tanpa duit macammana boleh dapat handphone, top-up lagi ? 
Aku pun CSI lah si Leha .....maka terbukalah cerita, handphone tu Marni yang kasi , top-up pun dia sponsor. Pelik sungguh, apa kejadah baik hati sangat tu. Lepas tu Marni ni bila nampak aku, cepat cepat masuk rumah, takutlah tu aku tanya. Leha ni pulak, makin hari makin rajin bergayut, tanpa segan silu lak. Bayangkan ye, kalau naik kereta balik kampung,kalau 5 jam dalam kereta, hampir 3 jamlah dia bergayut, takmo meletup pulak tu handphone tu kat telinga dia. Aku kuatkan radio, dia kuatkan suara, aku perlahankan radio dia perlahankan suara. Sabar ajelah , marah-marah karang merajuk pulak.  Udahlah tu, cakap talipon siap bersayang sayang lagi.


Kekadang tu ada gak idea aku nak berhentikan dia , tension gak dengan perangai gitu.  Tu belum masuk lagi perangai gila gila dia time buat kerja rumah. BOleh dia men"rap" kan Al-Fatihah sampi gosok lantai bilik air. Hilang akal ke hapa ? Tak dapat hidayat agaknya selepas mati hidup semula masa tsunami...atau dia sengaja mereka cerita terbabit dengan tsunami...?
Tapi aku marah gak dia sudahnya . Bukan aku aje akan marah, semua orang yang beriman akan marah , walaupun iman aku setipis kulit bawang tapi aku takkan diam kalau orang menghina quran. Ntah apa yang dia gaduh dengan anak ke2 aku, angah....siap dia suruh anak aku pijak Quran kalau betul tak bersalah . Dia pijak dulu, konon bersumpah gitu , lepas tu suruh angah pijak . Si angah ni pulak masa tu dalam umur 11 tahun , panas baran lak tu..pijaklah juga. Aku rasa macam nak pijak pijak aje kepala dia, tapi sabar juga. Marah dan nasihat sudah, cuma nak berhentikan aku terfikir juga dia takde sanak saudara, mana dia nak pergi.

Tension jugalah , tak tahu apa keputusan nak buat, aku solat istiharah minta petunjuk dari Allah. Akhirnya suatu hari Leha bagitahu aku dia nak berhenti . Aku tanya juga dia nak kemana, katanya nak ke Medan nak cari ibu saudara dia ( tetiba aje ada ibu saudara ).  Syukur alhamdulillah, takyah aku berhentikan dia , dia sendiri yang nak berhenti.

Akupun memulakan pencarian gadis sunsilk, eh..pencarian pembantu baru . Kali ni guna khidmat agen yang aku dapat dari internet ..sebab zaman dah makin canggih. Pilih biodata pun kat internet .


Akhirnya pembantu baru ku sampai . Maka aku pun sampaikanlah berita baik ni pada Leha , aku bagitahu dia 4 hari lagi dia boleh balik , aku dah sediakan tiket feri bagai . Aku bagitahu perkhabaran baik ni pada waktu pagi sebelum aku pergikerja.


Petang tu dalam pukul 6ptg , aku balik kerja , aku tengok anak-anak aku semua dan rapi berpakaian tidur, dan kenyang disuap makan. Aku pun naiklah ke bilik, mandi -mandi . Aku masuk dapur, hidangan malam dah tersiap dimeja. Aku panggil Leha ......leha, leha leha...eh takde jawapan .


Masuk bilik dia, tengok barang semua dah takde, pagar dapur terbuka mangga ...............rupanya dia dah kaburrrrr...............dah lari pulakkk.


Aduh Salehah .........kenapa lah ko lari. Aku tanya Eli ,pembantu adik aku , kutlah Leha ada call dia sebab dia orang rapat juga.  Memang adapun. Leha ni rupanya bukan nak balik  Medan tapi nak lari dengan pakwe dia. Dia tak lari awal-awal sebab dia kesian kat aku ( ada instinct gak rupanya ) . Tapi bila aku dah ada pengganti dia pun larilah. Dia lari dari rumah pun waktu aku dah ada dalam rumah,anak-anak dah dia siapkan ( mesti dia dah agak,aku mesti kelam kabut bila sedar dia lari ). Dia pesan lagi dekat Eli, duit dia yang aku simpan, ambillah buat ganti rugi....


Leha oh leha ................kalau ko cakap benda betulkan lebih mudah.  Berita terakhir ku dengar, dia menikah kat Meru Klang ( dekat aje lari nya ).
Semoga Leha bahagia .  Kalau dia bagitahu dia nak kahwin, wajib ku bagi passport dia dan lepaskan dia selepas dapat pembantu baru... dia ingat aku takde hati perut ke ?


Tapi lepas tu aku benci betul tengok muka Marni....semua berlaku gara gara enfon dia...dan aku masa tu syak Marni ada agenda tersendiri dan syak wasangka aku sebenarnya memang berasas malah hampir terbukti.



Untuk Leha,....ibu maafkan engkau, harap ko bahagialah ye...

Apapun bila dengar lagu nyanyi Mawi ..Aduh Salehah, aku mesti etrgelak sendiri, sebab leha ni dulu beria ria perasan Mawi nyanyi untuk dia....bengong  sungguh....


2 comments:

Unknown said...

lorr...kak ida. dekat je larinya ye? lam Mesia gak arr..? ehhehe!

Unknown said...

Buat je lawatan mengejut