Bibik Oh Bibik .. Part 9 Kisah terakhir

16. Imas Suminar Didih .

Inilah pembantu paling mahal yang pernah aku ambil, "she cost me RM8 k "...macam meminang anak dara orang pulak rasanya.
Namanya Imas Suminar Didih, ibunya bernama Dodoh ( jahatnya aku gelak tak hengat bila dapat biodata dia ) . Dalam biodata usianya 22 tahun,. BIla sampai baru kutahu umurnya cuma 16tahun . Aku mahu mengambil seorang lagi pembantu untuk meringankan beban dia, tapi dia takmo. Dia sanggup kerja seorang saja. Lebih aman katanya . Adik beradiknya 9 kesemuanya, dia anak ke 4. 3 kakaknya semua berkerja di Saudi tapi tak seorangpun sudi membantu membiayai pelajaran dia.

Sebenarnya dia ni pelajar tahun ke 3 Prasentren ,.........

Bibik Oh Bibik .. Part 8 kesemua mereka PATI

Sebab dah bosan dengan gangguan Marni, dan terasa betapa peritnya terpaksa keluarkan duit beribu ringgit, tak termasuk bayaran denda lagi. Lagipun akujadi risau, kalau berturut turut 3 kali pembantu rumah lari, menurut sumber tertentu, nama kitaakan di senaraihitamkan dari memohon pembantu rumah. Habis tu....macamana aku nak survive? Kalau kerja ku mengikut waktu pejabat mungkin boleh hantar ke nursery, tapi kerjaku cuma habis jam 10mlm, suami ku pulak selalu OST.

Akhirnya ku kembali ke Kayu Ara , mencari pembantu ......dan ini kisah mereka.....

Bibik Oh Bibik Part 7 ...wajarkah ku lempang Marni ?

11.Mukaramah ...

Nama sebenarnya Mukarammah  ( sempena nama Mekah ), nama neneknya Munawarrah  ( sah sah sempena nama Madinah kan) .
Maid ni aku ambikngan agen Pak Bakar , boleh tahanlah kosnya dalam RM3500. Alahai lemah gemalai orangnya, cakappun cam bisik biskk, muda lagi dalam usia 20tahun.Menurut biodata tak pernah kerja rumah luar dari kampung halaman.  Lepas CSI baru terbuka cerita, pernah kerja jaga kedai pakcik kat Kalimantan selama hampair 2 tahun, tapi ntah macamana bergaduh dengan kawan sekerja sebab kononnya kawan sekerja rampas cowok dia…huhu.

Mula-mula kerja tu oklah, bolehlah buat kerja rumah walaupun tak sempurna, aku pun cam malas dah nak tegur tegur sangat , letih asyik bertukar maid ni. Lagipun bila dah ramai dan lama menggunakan khidmat pembantu rumah, sikap toleransi tu menjadi lebih tinggi. Taklah nak cerewet sangat. Dia ni ku panggil Imah. Cengeng gak orangnya....asyik sedih sedih gitu. Mungkin lakunan atau mungkin sebab baru sampai, wallahualam..Masa tumelihatkan kelemahan kelembutan dia, aku cuak juga, camne dia nak jaga baby ke 5 aku bila lahir nanti....takpelah, sikit sikitlah ajar.

Tapi lepas sebulan aku nampak dia dah ada handphone, again dapat dari pembantu rumah sebelah. ..marah sangat rasanya dengan maid org sebelah, tapi takkan nak gaduh lagipun mana ada bukti sahih.Aku pun redha ajelah . Takkan nak rampas pulak handphone tu walaupun aku boleh melakukannya. Aku cuma memantau sajalah dengan pertolongan anak-anak . Aku dapat juga lapuran yang Imah ni makin rapat dengan Marni pembantu jahat sebelah rumah ku itu. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah masuk bulan ke 3, Imah kerja dengan kami.........

Bibik Oh Bibik .. Part 6 Lari Lagi ? ????


 
Lepas Leha lari , aku pun terus call agen minta hantarkan pembantu baru aku walaupun medical belum siap lagi. Mulanya niat dihati, nak suruh saja pembantu baru ni duduk dulu rumah agen, biar agen ajar apa yang patut sebab aku dah penat nak ajar . Tapi sebab takde pilihan, malam tu juga agen hantar pembantu baru aku .. 

9. Nina .
Sedapkan nama dia. Kecik molek orangnya , ketinggian dalam 140 cm dengan berat 40kg lebih kurang, berusia 26tahun ,janda beranak satu.  Bekas suaminya seorang penagih dadah. Aku agak cuak bila dia kata, dah 3 kali cubaan dia untuk berkerja di Malaysia ditolak kerana dia rendah . Eh...orang rendah tak boleh kerja ke? Pelik tapi aku biarkan saja persoalan tu. 
Baik juga orangnya , tapi kerja belum cukup pandai . Takpelah perlahan lahanlah belajar. Takde apa masalah aku dengan Nina , dan Nina ni telah aku tegah dari berkawan dengan Marni. Keesokan harinya aku buat medical check-up untuk Nina ...selang 2 hari aku dapat panggilan dari lab, mengesahkan ujian pemeriksaan darah Nina adalah  HIV positif. .....

Bibik Oh Bibik ..Part 5 ...Aduh Salehah Gadis Tsunami

  Bermula episode ngeri, seorang demi seorang melarikan diri...tension argggghhhh

8. Salehah ...


Budak aceh...penipu besar. Dia ni aku ambik kat Pusat latihan kat Medan, kebetulan aku gi sana jalan jalan, sambil menyelam, siap aku interview dia kat sana...pandainya menipu. Boleh dia claim tak pernah datang Malaysia sedangakan hakikat sebenar dia baru bbrp hari habis kontrak kat KL .
Aku ingat lagi aku jumpa dia petang 24/12/2004. Lepas aku interview dia , dia cakap petang tu dia nak balik Aceh nak jumpa mak ayah dan keluarga dia sebab dah 3 bulan dia berada dipenampungan ( Pusat latihan ) .

Tak kisahlah pasal tu, jadi aku pun pilihlah dia untuk kerja dengan aku.

Esoknya 25/12/2004  aku pun nak balik Shah Alam lah.  Masa kat Airport ada gempa bumi ...pertamakali pengalaman aku berdepan dengan gempa bumi yang begitu kuat. Semua bergoyang ..aku masa tu terbayang yang bumi akan terbelah dan telan aku hidup hidup...dan dan tu jugalah aku call mak ayah aku, anak-anak aku....huhuhu......emosi gak aku rupanya. Tapi masa kejadian aku tak tahu pun pasal Tsunami. Aku cuma tahu bila dah sampai KLIA, dalam Limo pemandu yang cerita.


Selang seminggu aku dapat berita yang Salehah pun kena Tsunami . Tapi dia hidup dan mampu ke Medan semula ( part ni aku sebenarnya musykil sket , sebab camne dia boleh ke Medan dalam keadaan huru hara camtu . Nanti aku cerita lagi di perenggan seterusnya.


BUlan Feb 2005 Salehah tiba dirumahku . Aku pun interviewlah dia pasal Tsunami . Nilah cerita dia ............

Bibik Oh Bibik Part 4 .. Murni paling lama


7. Murni......


Dia ni paling lama kerja dengan aku , dalam 5 tahun . Tak banyak kerenah orangnya , rajin , sopan dan baik dengan budak budak . 
Faktor utama kenapa dia kerja begitu lama, aku rasa sebab dia sayang sangat dengan anak ke-4 aku, AFIF . Maklumlah aku lahirkan AFIF selepas setahun dia kerja dengan aku, maknanya dia jaga AFIF selama 4 tahun. 
Dan waktu Murni kerja nilah aku paling banyak berjalan ke sana sini, tinggalkan anak-anak aku dibawah pengawasan dia ( off course ada ibu bapa atau adik adik aku juga ).

MUrni ni  asalnya dari Lombok.....Masa dia datang rumah aku, umur dia 26tahun, menurut cerita dia 6 hari 6 malam dia naik bas dari Jawa ke Medan lepas tu naik feri lak ke Port klang...lama ekk naik bas....

Murni ni masa kerja ngan aku ..........

Bibik Oh Bibik Part 3 -Julie dan Watie

Masa berlalu, jenuhlah hantar anak gi nursery sementara takde pembantu. Sudahlah angah tu lasak, habis jari anak-anak orang di gigit. Selalu dapat komplen dari nursery , tapi kelakarlah kan report kat aku apa aku boleh buat, caretaker lah patut jaga supaya budak tu tak gigit anak orang. Budak umur kecik gitu mana faham sangat.


Atas usaha mak aku, dapatlah juga seorang lagi pembantu ,kali ni dari Batam pula

5. Julie ..
...Aku ambik kat Batam, ada org imigresen uruskan..... kos dalam Rm2k , murahlah juga..tapi takde permit. Sebenarnya Julie ni orang Palembang, janda kematian suami , ada anak 3 tapi semua di Palembang dengan ibu mertua, dia aje bawa diri keBatam kerjakat kedai makan sebab ibu mertua dia tak suka dia tapi sayang anak-anak dia. Lagipun katanya kat Palembang takde kerja, macamana dia nak bagi duit kat  mertua dia untuk jaga anak-anak dia. Tapi dia takde permit.........

Bibik Oh Bibik Part 2 ... Nak bunuh diri.????

kita sambung lagi....baru selesai kisah ringkas 3 bibik...ramai lagi ni

Kali ni aku mencuba nasib, ambil dengan agen. Dulu , bukan macam sekarang, nak ambik bibik, kena pergi rumah agen, pilihlah antara ramai ramai bibik yang baru sampai dari Indonesia . Dah pilih, bayarlah ikut berapa agen minta ( mahal tau ), lepas tu dalam sebulan baru agen buatkan permit. Maknanya ramai pembantu rumah masa tu,masuk dengan Visa pelancung.

Inilah kisah bibik ke 4 ku......bibik dari Medan.

4. Bibik Medan


.....habis duit aku 5k .kerja 10bulan aje,..lupa dah aku nama agen, Puan Aminah kalau tak silap ....bibik ni tua, berasal dari medan...kira pertama kali aku ambik maid dari medan .Dah berumur orangnya , dalam 40++an . Tapi waktu dirumah bukan main bergaya penampilannya . Dalam hati aku tertanya juga, dia ni nak kerja ke nak cari cowok...Aku pun tak faham macamana aku boleh pilih dia sedangkan ramai lagi bibik lain kat rumah tu, dah memang jodoh dan takdir agaknya. Terima sajalah.


Lepas sessi berkenalan hehe, barulah ku tahu, bibik ni rupanya ditinggal suami, suaminya kahwin lain. Maka dia pun bawalah hatinya yang lara ke Malaysia, sudahnya "landed" kat rumah aku.  Banyak cakap orangnya, tak terlayan lah pendek kata. Sabar ajelah, duit dah bayar  nak buat macamana. Tak boleh senang senang nak tukar, agen tak kasi..huhh


Ya ampun kerja tak tahu, tapi berlagak semua tahu, serba pandai ...meluat gak aku kekadang, sibbaik aku ni penyabar gak orangnya.....yang aku paling tak suka, dia suka bersosial, bersembang jerit jerit ngan orang tepi rumah, belakang rumah ...eeee tensen kan . Pasal kerja tu aku tak kisah sangat sebab bagi aku manalah ada manusia sempurna, dan kalau dia sempurna takkan dia jadi pembantu rumah .Asalkan dia boleh jaga anak-anak aku dengan elok masa aku gi kerja cukuplah.
Dia ni kalau kat rumah suka sangat menyanyi , hehe lagu ELITE ." aaa aaa caramu dan caraku "....suara sumbang tak sedap langsung, tadah gaklah telinga ni.....

Sehingga 1 hari

Bibik Oh Bibik Part 1 .. uikss 16 cinderella ku

Sebenarnya aku takde masalah dengan bibik, tapi sejak 2 menjak ni, ada bbrp kawan kawan aku duk cari bibik dan duk bercerita macam macam tentang bibik, pengalaman memasinglah....
Yelah bukan mudah nak cari pembantu rumah sekarang. Indonesia asyik dengan pembekuan , orang tempatan lagilah susah nak dapat.
Menggunakan khidmat agen , bukannya murah ...
Teringat pulak zaman kecik kecik, mudahnya nak dapat pembantu rumah, gajipun murah aje. Tak banyak cekadak dan kerenah pulak tu...bestnya hidup zaman tu..hehe

Aku pun duk kira congak gaklah berapa khidmat bibik yang telah aku guna selama hampir 20tahun aku kahwin....eh 3 tahun pertama takde bibik pun....17 tahun ler .

Kira punya kira....eee ramai juga ye, tak cukup jari 2 belah tangan, kena tambah jari kaki juga haha
Ada 16 orang tu.
Maka hari ni aku terpanggil nak cerita suka duka aku selama 17tahun dengan 16 orang pembantu rumah, ada yang kerja sehingga 5tahun, ada juga yang kerja hanya beberapa hari. Ada yang menamatkan kontrak secara baik, ada juga yang melarikan diri. Sadiss sungguh.


Kisah Cinderella ku bermula......

SElamat Menyambut Hari Wanita 8/3/2011

takde idea nak berkarya bagai, ku ciluk aje dari email ...ntah siapa yang mengarang aku tak tahu, nak kasi credit pun takleh....yg pasti aku share kat sini, tapi bukan karangan aku......sama-sama hayati....
kaum adam pun kena gak hayati.....

Untungkan menjadi wanita......beruntung...even dalam quran pun ada surah khas untuk wanita...
Komuterpun ada coach khas untuk wanita
Banyak produk lelaki wanita boleh guna, tapi kebanyakan produk wanita lelaki takleh guna...

"tangan yang menghayun buaian itu mampu mengoncangkan dunia"

( psst : camne ekk, anak-anak aku dulu guna buai letrik lah....lenguh weii nak ayun....)