Dah lama sebenarnya kawan kawan aku ni nak belajar buat creampuff, tapi susahnya nak cari masa sesuai,,almaklumlah chef ni selalu sibuk .....terutama weekend, weekdays pulak anak murid kerja...
akhirnya, terluang gaklah masa nak ajar creampuff ni
sebenarnya aku ni taklah pandai sangat nak buat kuih ni, cuma belajar dari ibunda tercintasejak kecik kecik lagi sbb bonda akukan jual kuih ni , jadi selalunya akulah jadi assistant ..dapatlah upah
Sebab hari tu aku chef, maka aku deralah anak-anak murid suruh bawa butter, telur, tepung ...aku sediakan dapur aje...
mezah dengan azie..ntah apalah yang ditenung, agaknya menenung weight scale aku yang buruksss tu.......
ni Zurita, dialah yang paling sibuk nak belajar...oklah at least dah dapat pun tengok camne teknik nak buat creampuff ni....
yesss..nilah rupa creampuff yang dah siap dibakar..resepi kat bawah ye.....lupa nak snap gambar step by step..almaklum sambil tangan mengacau sambil bergossip lagi....
eh..aku nak try lah
mmmmmmmmmm sedappppnya.....ni Aen ..penuh perasaan tu
So kat sini aku buhlah resepi ye
Creampuff resepi ibuku
250mls air
150gm tepung gandum
4biji telur
125gms mentega ( 1/2 buku lerr tu )
gula sesudu
garam sikit
( garam dan gula ni takbuh pun tak cacat )
Cara-caranya
MAsak air dan mentega sampai mentega cair dan air mendidih
Tutup api .
cepat cepat tuang semua tepung dan kacau laju laju , sampai sebati
Sementara adunan tepung masih panas , masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sampai sebati .
Pipekan atas loyang
Jangan letak dekat dekat sangat nanti kembang
Bakarlah dalam 40 min dgn suhu 170c api atasbawah lebih baik, kalau ada kipas lagi bagus
Jangan buka oven semasa membakar atau ranaplah kuih ni jadinya
Nak tahu camne kuih ni dah betulbetul boleh keluarkan, tgk buih buih kat kuih ni, kalau dah takde maknanya done......kalau dah agak-agak garing tapi buih byk lagi, kecikkan api ye
Custard filling ( resepi campak campak aku - aku campak, anak murid catit )
4sudu tepung kastad
1/2 tin susu cair
1 gelas air
4sudu gula pasir
kacau sebati dan masak sampai likat
Belah puff tadi jgn sampai putus dan isi filling...apalagi ngappp lah
gambar??? tungguuuuu
Yeeeaaayyyy Dah kembali ke pangkal jalan...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment