Sebenarnya aku ni keliru dengan susunan kat blog ni........jadi silalah baca dari bawah keatas untuk n3 travelog ni......kalau nak ikut kronologi
Jadi cerita ceriti semua mula dari bawahlah ye....;))))

Feliz vivido Madrid...( selamat tinggal )...selepas ni kami nak ke ROme pulak

penat wehhh.................tidur dulu

a view on the way from Granada to madrid

Granada Bus station...............canggih

SALIDA a.k.a EXIT a.ka. Keluar ............................akhirnya kami tinggalkan Granada dengan seribu rasa syukur, rasa kagum dan rasa sedih pun ada

cantikkan senibina ni?

souvinier ?

terbelit lidah nak baca papan tanda

macam bintang walk

Restoren Arab

Lorong tu bukan untuk pejalan kaki sahaja ye...kereta pun lalulalang....beware

Lorong lorong sempit di Granada

Hungry..............kita pekena kebab dulu

Siling pun masyaallahh

Romantik kan ?
Istana ini dilengkapi dengan  taman mirta semacam pohon myrtuscommunis dan juga bunga-bunga yang indah  harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa),  taman yang dikelilingi oleh 128 tiang yang terbuat dari marmar. Di  taman ini pula terdapat kolam air pancur yang dihiasi dengan 12 patung  singa yang berbaris melingkar, iaitu dari mulut patung singa-singa  tersebut keluar air yang memancar. 

Kalaulah kat rumah ada taman camni...aisyehhh

ukiran penuh.....cant imagine how long does it takes to finished the whole wall
Granada dari Tingkap Istana................cantikkk 

A Room .
Despite the heat, the coolness inside was amazing.
[quote]Tapi pertikaian internal  menjadi penyebab kemunduran umat Islam di Andalusia, bukan kerana  kehebatan dan kekuatan tentara Salib, seperti banyak disimpulkan oleh  para sejarawan. Dan sayang, istana yang begitu megah itu tak lagi  diurus, bahkan dijarah dan dihancurkan, termasuk Perpustakaan Cordova  yang menyimpan banyak dokumen penting bagi ilmu pengetahuan
Al-Hambra adalah istana  peninggalan pemerintah Islam terakhir iaitu Abu Abdillah ataupun  Boabdil. Ianya dari perkataan Arab Al-Hamra bermaksud `merah', kerana  warna bangunannya yang kemerah-merahan. Ianya diserahkan oleh Boabdil  kepada Raja Ferdinand dan Isabelle pada 2 Januari, 1492. Tahun yang sama  Christopher Columbus memulakan pelayaran menjelajah dunia.
Bermulalah zaman penghapusan orang Islam yang dipanggil Spanish  Inquisition. Orang Islam dipaksa menukar agama kepada Kristian Katolik.  Mereka yang enggan diusir ke Maghribi. Ada yang enggan berhijrah dan  mengaku menukar agama kerana takut dibunuh tetapi masih mengamalkan cara  hidup Islam dan digelar orang Morisco. Akhirnya pada tahun 1616 umat  Islam benar-benar terhapus apabila beratus ribu Morisco ini diusir  keluar.
Bangsa Berber atau Moor  pertamakali menundukkan Andalusia dalam cahaya Islam. Berabad-abad umat  Islam berusaha memakmurkan negeri yang gersang, tandus, dan penduduknya  yang angkuh dan keras itu, hingga kemudian menjadi sebuah negeri yang  subur, makmur, dan menjadi pusat peradaban dunia.

Lorong Indah menuju ke Istana

The Alhambra and the backdrop of the magnificent Sierra Nevada mountain range.
Amerul di Taman Generalife
Di dalamnya terdapat berbagai ruangan yang indah iaitu Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), iaitu ruangan pengadilan nan luas 15 m x 15 m, yang dibina oleh Sultan Yusuf I (1334-1354); Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar dengan luas bangunan 6,25 m x 6,25 m yang dipenuhi dengan hiasan-hiasan kaligrafi Arab; Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan), ruangan yang berukuran 36,6 m x 6,25 m yang terdapat pula al-birkah atau kolam pada  posisi tengah yang lantainya dibuat dari marmar putih. Luas kolam ini  33,50 m x 4,40 m dengan kedalaman 1,5 m, yang di ujungnya terdapat teras  serta deretan tiang dari marmar;
 Ruangan Dua Perempuan Bersaudara (Baitul al-Ukhtain), iaitu ruang yang khusus untuk dua orang bersaudara perempuan Sultan Al-Ahmar; Ruangan Sultan (Baitul al-Mulk);  dan masih banyak ruangan-ruangan lainnya seperti ruangan Duta, ruangan  As-Safa', ruangan Barkah, Ruangan Peristirahatan sultan dan permaisuri  di sebelah utara dan ruangan ini ada sebuah masjid iaitui Masjid Al-Mulk
Kini Alhambra telah diwartakan  oleh UNESCO sebagai salah satu Warisan Dunia. Warisan yang ia  ditinggalkan berupa kegemilangan arsitektur bangunan abad pertengahan:  dari mulai kecantikan ornamen, integrasi yg serasi antara bangunan  dengan alam sehingga proporsi aritmetis jendela, pintu dan bahagian  lainnya. Di bahagian lain kompleks, Taman Generalife memancarkan  keindahan unik perpaduan suara gemericik air, simetrikalisasi  aritemetis penataan puri & taman, serta tanaman hiasnya. Taman ini  dianggap sebagai hasil penafsiran gambaran surga dalam Al-Qur'an oleh  para arkiteknya......
Sejarah kegemilangan Islam di  Sepanyol dirintih oleh Tariq bin Ziad & Musa b Nusair pada tahun  710. Islam tersebar ke seluruh Sepanyol hingga ke selatan Perancis.  Kerajaan Islam memerintah selama 700 tahun di Sepanyol. Islam gemilang,  ketika dunia dan Eropah melalui Zaman Gelap. Budaya ilmu subur di bawah  pemerintahan Islam. Beribu buah perpustakaan telah wujud di Andalusia.
Alhambra 
Nilah tujuan aku nak sangat ke Granada . Aku nak saksikan kebesaran sejarah peninggalan Islam......dalam kekaguman dan kesedihan. Jatuhnya Alhambra bermakna berkuburnya kebesaran Islam disini, malah dimata Eropah ....sedihnya dalam hati.
Alhambra (Bahasa Arab: Al Amra' yang  bermaksud Istana Merah) adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota  zilam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol (dikenali sebagai  Al-Andalus apabila kotanya dibina), menduduki atas bukit teres di  tenggara sempadan di bandaraya Granada. Ini adalah tempat tinggal  raja-raja Muslim Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang sebuah  museum yang mempamerkan kecantikan gaya senibina Islam.

Sekitar GranVia Street Granada
Kenapa ye hati ni nak sangat ke Granada ?????
Bienvenido a Granaderos ( selamat datang ke Granada )
Akhirnya, selepas 6 jam perjalanan menaiki bas, kami tiba gak di Granada. Tepat jam 12 malam , sebenarnya sebelum sampai, dalamhati risau sangat sebab dalam bayangan Granada ni macam tempat jinbertendang, dalam hutan ( ntah hapa-hapa punyer imagination ). Almaklum, kena ambil teksi nak ke hotel  dan disebabkan kami ber 7 maknanya kena berpisah dgn 2 taxi...menakutkan. Tapi alhamdulillah, baiknya lah orang Granada ni, lemah lembut...2 taxi jalan sama-sama . Walaupun kami bercakap macam ayam dengan Itik , tapi pemandu taxi tu macam berusaha bersungguh sungguh nak berbual .
DiGranada kami tinggal di Hotel Atenas, hotel murah aje tapi service bagus dan reception Rachel ( sebut Ra Kel )tersangatlah friendly dan helpful.   Gracias Rakel.........hehe
Kesian angah.........terus lemah dia. 
ni gambar dekat Madrid Metro .  Disebabkan metro sesak giler, anak-anak semua dah letih lesu, dahlah belum makan , sebab susah nak dapat makanan halal kat sini. Makan roti aje sudahnya.
Nampak tak "angah"...dia tengah sedih dan penat masa ni..........wallet dia kena copet dalam Metro. Kesian pulak tengok muka dia, dahlahkepenatan mengangkut beg beg yang banyak tu...masa ni aku lak tengah gelak gelaklagi..........tak sedar tu,sebenarnya kamera aku pun dah lebur...................amat cekaplah merekabuat kerja .
Tapi takpelah....jadikan semua ni pengalaman berharga dalam sebuah perjalanan kehidupan.
Apapun hidup mesti diteruskan
Welcome to Madrid . Tapi sebenarnya kita hanya akan berada di airport saja sebab selepas ni kami sekeluarga akan terus menaiki bas ke Granada.
Akhirnya selepas 3 jam penerbangan dari Gartwick, kami tiba juga di Madrid. Nasib baik airport tak tutup disebabkan ribut salji . Tapi dengar cerita , selepas bbrp hari kami tinggalkan London, airport ditutup semula...alhamdulillah
 
0 comments:
Post a Comment