Akhirnya tercapai gak hajat suami tercinta nak travel a.k.a ala mengembara sekeluarga.
Lepas 2 bulan bertungkuslumus menempah tiket , menempah hotel /hostel /homestay secara online..bagusnya internet ni, semua kat hujung jari..
Selama lebih kurang 2 bulan tu jugalah tidur lambat, sbb aku balik kerja kul 10mlm, sibuk lak duduk depan lappy ni buat survey hotel, transport berpadanan dengan bajet yang ciput.
Kembara ni kami sekeluarga akan cuba merentasi 6 negara , tapi kejap kejap ajelah.....cuma 10hari pertama akan disertai juga oleh kedua mertuaku dan Itah , adik iparku .Mereka akan bersama kami di Paris dan London , memandangkan ibu mertua ku tak kuat berjalan kerana sakit lutut, maka telah kusiapkan hati ini utk menerima segala kemungkinan terutama byk plan akan tertunda, takpelah ..... London tu bila bila pun boleh pergi lagi, insyaallah..
Destinasi kami sekeluarga adalah London, Paris, Spain -Granada dan Madrid , Rome , Egypt dan Iran .
5/12/2010 Jam 10.00pg kami sekeluarga bertolak ke LCCT untuk penerbangan jam 2.00ptg.
OKlah juga penerbangan AA ni ...seat sama aje ngan kapalterbang lain, luas juga tempat kaki tu, taklah sempit sgt.....kami dah siap beli makanan , jadi dengan sekali bayar tu makanan dibagi 2 kali..alhamdulillah.
Nak tengok TV , kenalah bayar lagi RM30 tapi kami tak ambikpun , tidur ajelah , lagipun duduk dengan Akmal bukan boleh layan TV pun, asyik layan kerenah dia aje.
Penerbangan mengambil masa selama 13 jam.
Akhirnya jam 8.30malam waktu London 5/12/2010 kami menjejakkan kaki ke Stansted Airport.Cuaca sejuk menyambut kedatangan kami ke bumi London ...semua kena pakai jaket tebal dan sarung tangan...berbungkuslerr jadinya.
Kerana telah kuduga pasti kedua mertua ku akan keletihan selepas melalui perjalanan jauh, maka aku dah tempah awal awal bilik dekat Holiday Inn Express Stansted . Sementara menunggu pagi, kami bermalam di situ. Dari airport ada shuttle bas bawa kami ke hotel. Kat hotel kelaparan, makanlah maggi aje.......
Yeeeaaayyyy Dah kembali ke pangkal jalan...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment