Keluar aje museum , terus naik metro, dari dalam metro baru perasan Paris diselimuti salji tebal, kenderaan takleh gerak , bbrp kemalangan berlaku ...risau aje kat hati, camne nak balik hotel.
Alhamdulillah, masa keluar metro , jalan kehotel telah disodok jadi salji dah tak tebal atas jalan, bolehlah menapak balik
berita ni ceduk dari Utusan Malaysia Online
kiranya merasa gak menjadi part of the witness utk kejadian alam selepas lebih 50tahun ni...hehe
ARKIB : 10/12/2010
Paris diselimuti salji
|
|
PARIS 9 Dis. - Ribut salji terbesar dalam tempoh hampir suku abad memaksa Menara Eiffel dan beberapa lapangan terbang di Paris ditutup buat sementara waktu semalam.
Keadaan luar biasa yang berlaku tengah hari semalam itu melumpuhkan rangkaian bas, menjejaskan aliran trafik di jalan dan lebuh raya malah turut mengganggu rangkaian kereta api bawah tanah.
Sesetengah penduduk gembira melihat taman-taman di ibu negara dan Parlimen dilitupi salji selepas agensi ramalan cuaca, Meteo France menyatakan ini adalah salji terburuk sejak 1987.
"Ini menakjubkan, saya tidak terfikir salji begitu banyak di Paris yang membuatkan taman di sini menjadi cantik," kata seorang ahli Parlimen, Didier Mathus yang teruja dengan pemandangan di ibu negara Perancis ini.
Pihak berkuasa penerbangan, Aeroports de Paris (AdP), syarikat penerbangan diminta mengurangkan penerbangan manakala lapangan terbang Charles de Gaulle terpaksa ditutup sementara dan lapangan terbang Orly turut menutup dua landasannya. - REUTERS
0 comments:
Post a Comment