Kita ni bila lapar , kita makan. Kita makan apa saja ( yang halal ) tanpa memikirkan sangat akibat dari makanan itu sendiri...janji kita KENYANG .
Padahal kita semua tahu, pola pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan berbagai penyakit timbul. KITA TAHU TAPI KITA SERING BUAT-BUAT TIDAK TAHU .
Dengan itu marilah kita sama-sama menjaga pola pemakanan seimbangan untuk kebaikan kita sendiri juga.
Dan ingat ye, PERUT ADALAH PUNCA PENYAKIT 
Tengok pola pemakanan kat atas ni, cubalah ikut ye, semoga kita semua sihat walafiat...Insyaallah.
Dan ini ada sedikit panduan pemakanan ala Rasulullah S.A.W .
Baca dan amati, cuba amalkan kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati . Ubat pun mahal, nak bayar doktor lagi . Mencegah itu lebih mudah dan lebih murah.
Inilah amalan Rasul junjungan kita ( saya dapat nipun dari pembacaan online juga ).
Sebab mengapa dan kenapa, belum jumpa lagi..nanti kita sama-sama cari jawapan kepada pattern pemakanan Baginda Kekasih Allah .
1. Jangan minum SUSU bersama DAGING
2.Jangan makan DAGING bersama IKAN
3.Jangan makan AYAM bersama SUSU
4.Jangan makan IKAN bersama TELUR
5.Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
6.Jangan makan SUSU bersama CUKA
7.Jangan makan BUAH bersama SUSU
Sebenarnya saya tak jumpapun apa-apa dalil yang melarang percampuran sesetengah jenis makanan, malah kita diasuruh memakan yang HALAL dan meninggalkan yang HARAM.
Tapi mungkin kerana terdapat dalam
Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan  darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian,  ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan  usus manusia.
Ada lagi ni............
Jangan makan buah selepas makan nasi, makan buah dulu baru makan nasi
-Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke  usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain  dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya  mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah  dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
Tidur 1 jam selepas makan tengahari .( sebelum zohor kalau boleh )
-
Jangan sesekali tinggalkan makan malam. Barang siapa tinggalkan makan malam, dia akan dimakan usia ( haha...cepat tua tauu ) dan kolesterol dalam badan akan berganda. Kenapa ye....?
Jangan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut . ( ini dah terangkan sebahagian dari larangan diatas )
Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari  Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam  merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid  hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan  garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid  mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam  seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium,  bukan klorida.
Yang paling penting, janganlah makan sampai terlalu kenyang....macam ularsawa tersandar lepas makan, Nak bergerak dan bernafas pun susah.
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan  lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk  udara/bernafas. 
Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke  dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel  yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian  mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika  lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini  pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan  lalat.
Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik. 
Apaku tahu ku sampaikan walaupun sepotong ayat . Semoga ianya dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Dan ingatan ini juga ditujukan pada diri sendiri.
Yeeeaaayyyy Dah kembali ke pangkal jalan...
7 years ago







1 comments:
alhamdulillah, dpat lagi ilmu dari perkongsian di sini...terima kasih
Post a Comment