layan NUR KASIH with sistass

Teruja sangat nak tengok NUR KASIH ...cerita paling best untuk masa ini. Sana sini orang cakap pasal filem ni. Maka aku pun teringinlah sangat nak tengok juga, apalagi bila dapat tahu ASTROFIRST takkan tayangkan cerita ni dalam masa terdekat ni.

Sabtu lepas lagi aku dah beli online tiket NurKasih ni sebab Aen cakap dah hampir sold out. Tapi masa online aku tengok cam kosong aje, baru 7 seat terisi...lantaklah. Kita pilih nak pergi hari Rabu 25/5/2011 ..hari inilah jam 11.15pagi. Kira tayangan pertama untuk hari ini.
Semua orang dan apply cuti, aku takyah lah apply sebab kerja petang...lagipun akukan kerja sendiri...hehehh

Sebab awal lagi, kita orang lepak dulu kat McD , sarapan sambil chitchat live gitu. Biasalahkan kalau "siistass" ni berkumpul mmg tak pernah cukup masa nak bercerita. Ntah apa ajelah ceritanya, kat forum cerita, kat FB cerita, kat BBM cerita...

Ni gambar snap dalam panggung, masa citer belum mula.

Anilah, Mas dan Zu.......setong sorang popcornnya. Nyum nyum nyum.....
Ni aku dengan Aen, pun setong sorang juga........Aen tu kejap aje habis popcornnya, aku punya tak habis pun....jenuh pulak angkut sana sini...nak buang tak baikkan, membazir.
Lupa pula nak ambik gambar depan poster....takpelah,.

Apa ye komen aku pasal cerita ni......
Cerita yang sangat menarik,terutama untuk mereka yang mengikuti drama bersiri NurKasih sebelum ni. Syahdu gaklah cerita ni, orang belakang aku tu teresak esak menangis, kacau ajelah....Aen yang sebelah aku tu leleh gak....Aku?,, sedihlah tapi tak kuasa nak meleleh dalam panggung tu.

Ada satu babak, masa  Adam dan Nur kemalangan keretapi ..Nur dah pengsan , Adam sedih giler...lepas tu Adam doa " Ya Allah Kau ambillah apa saja yang ada padaku kecuali Nur " . Sadiskan.....aku sedih sangat masa ni, tapi kontrollah.....sebab baru beberapa minggu lepas suami tercinta aku cakap " Hanya Ida yang abang ada, dan abang tak tahu macamana nak teruskan kehidupan tanpa Ida ".....adeih....panjang lagilah dia kata tapi aku cerita sikit dahlah...karang terpesong lak entry ni.

Filem ni mengisahkan cinta agung suami isteri ......korang tengoklah sendiri ye. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ni.....terutama suami isteri, Lepas tu adalah pasal kemanusiaan , pasal budak jalanan yang cuba dididik Adam untuk mengenal agama, pasal ustaz yang hanya nak berdakwah dengan orang orang yang dah baik dan pasal sifat kemanusiaan seorang budak jalanan yang bernama MAMAT. Nama tu bermaksud mati, memang dia mati pun tapi mati dalam keadaan berbuat baik.

Walaupun ending dia cam kureng sket.......Afida es cam tak sesuai jadi Nur, kenapalah nak buat teknik makeup aje macam cerita yang Erra berlakun jadi tua tu. Adam pun tua tak handsome, Aidil aje Ok sket. Lepas tu lagi hilang mood bila ada penampilan Norman Hakim jadi anak Aidil, sib baik bukan Memey yang jadi Mariam. Ku tak minat 2-2 tu.....jangan tanya kenapa.

Oklah....cerita dah habis, jom kita makan dulu sebelum balik...........kita makan dekat Ayam Penyet. Mas belanja...semoga murah rezeki Mas...dan boleh belanja kita lagi
Ni namanya UDANG PENYET ....aku makan nilah. Harganya RM8.50 . Sedap juga,rangup je udangnyatapi tak penyet pun.
Ni pulak Jus Adpokat ( avokado bercampur coklat )....sedap, macam minum kat Indon.....aku suka . RM7.90

hehe...aku ambik gambar apa yang aku makan aje


Eh Mas...pandang aja ke? Makanlah....udang penyet dan gado gado. Semua masihkenyang makan setong popcorn, tak lalu nak makan berat berat
jemput -jemput makan. Makan cepat cepat sebab kita dah nak balik.

Pola Pemakanan - cubalah ikut sunnah.

Kita ni bila lapar , kita makan. Kita makan apa saja ( yang halal ) tanpa memikirkan sangat akibat dari makanan itu sendiri...janji kita KENYANG .
Padahal kita semua tahu, pola pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan berbagai penyakit timbul. KITA TAHU TAPI KITA SERING BUAT-BUAT TIDAK TAHU .
Dengan itu marilah kita sama-sama menjaga pola pemakanan seimbangan untuk kebaikan kita sendiri juga.
Dan ingat ye, PERUT ADALAH PUNCA PENYAKIT







Tengok pola pemakanan kat atas ni, cubalah ikut ye, semoga kita semua sihat walafiat...Insyaallah.

Dan ini ada sedikit panduan pemakanan ala Rasulullah S.A.W .
Baca dan amati, cuba amalkan kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati . Ubat pun mahal, nak bayar doktor lagi . Mencegah itu lebih mudah dan lebih murah.

Inilah amalan Rasul junjungan kita ( saya dapat nipun dari pembacaan online juga ).
Sebab mengapa dan kenapa, belum jumpa lagi..nanti kita sama-sama cari jawapan kepada pattern pemakanan Baginda Kekasih Allah .

1. Jangan minum SUSU bersama DAGING

2.Jangan makan DAGING bersama IKAN

3.Jangan makan AYAM bersama SUSU

4.Jangan makan IKAN bersama TELUR

5.Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

6.Jangan makan SUSU bersama CUKA

7.Jangan makan BUAH bersama SUSU

Sebenarnya saya tak jumpapun apa-apa dalil yang melarang percampuran sesetengah jenis makanan, malah kita diasuruh memakan yang HALAL dan meninggalkan yang HARAM.
Tapi mungkin kerana terdapat dalam
Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.


Ada lagi ni............



Jangan makan buah selepas makan nasi, makan buah dulu baru makan nasi
-Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur 1 jam selepas makan tengahari .( sebelum zohor kalau boleh )
-
Jangan sesekali tinggalkan makan malam. Barang siapa tinggalkan makan malam, dia akan dimakan usia ( haha...cepat tua tauu ) dan kolesterol dalam badan akan berganda. Kenapa ye....?
Jangan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut . ( ini dah terangkan sebahagian dari larangan diatas )

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

Yang paling penting, janganlah makan sampai terlalu kenyang....macam ularsawa tersandar lepas makan, Nak bergerak dan bernafas pun susah.

Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas. 



Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.


Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Apaku tahu ku sampaikan walaupun sepotong ayat . Semoga ianya dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Dan ingatan ini juga ditujukan pada diri sendiri.

kain kain bila nak jahit

Sejak kebelakangan ni aku ada hobi baru....ye beli kain.
Berlambak -lambak kain ku beli tapi jahitnya tak juga...ntah bila nak ada masa nak jahit, nak tempah pulak takde tailor nak ambik kalau dah banyak-banyak.




Ni kain-kain denim, akubeli dekat Jakel. Cadangnya nak buat Abaya,skirt kembang dan tudung. Mudah -mudahan siaplah. Tapi ada lagi kain-kain Jakel yang aku beli 4 tahun dulu, terperuk lagi dalam almari..kain cadar...huhhh terasa teruknya perangai




NI pulak kain -kain cotton vietnam. Aku beli dengan http://kainohkain.blogspot.com.
Tamak punya pasal, nampak cantik aje semua beli...sudahnya tersadai . Hajat hati nak buat baju kurung dan maxi dress.....tolonglerr doa doakan semoga cita cita aku ni tercapai dalam jangkamasa terdekat.

Sementara tu aku harap aku mampu menahan nafsu tak beli kain lagi dah.

Hari ibu datang lagi

                                                               SELAMAT HARI IBU

                     Aku,  ayah ,  mama dan adik adik serta kakak ipar yang semuanya bergelar IBU


Hari ni 8-5-2011 , Ahad minggu pertama bagi bulan Mei, dan hari ini adalah HARI IBU.
Aku sebenarnya tak tahupun sejarah hari ibu, lagipun ada banyak versi, cuma bagi aku sesuatu yang baik tidak salah untuk disambut slagi niat kita tidak terpesong.

Memang benar kata setengah orang, tidakperlu hari istimewa sebab hari hari adalah hari ibu, tapi aku rasa tak salah memilih satu hari kerana tak mungkin ada anak-anak yang mampu merayakan hari ibu tiap tiap hari. Anak orang lain aku tak tahu tapi begitulah anak-anak aku..hehe, aku tak marah pun.

Bila ada 1 hari yang istimewa, dan disambut oleh semua anak-anak buat menghargai ibu tercinta dengan cara masing masing, secara tak langsung anak-anak yang telah lama lupakan ibu tetiba aje boleh teringat dan teringin nak menghargai ibu mereka, mudah mudahan...

Buat ibu aku, Hajjah Mimi Asiah binti Abdullah, aku sangat sayangkan mama. Tak mampu nak ucapkan dengan kata kata dan perkataan tapi disudut hati aku yang paling dalam , kasih sayang tu makin bertambah dan tak pernah susut.
Tiap tiap kali lepas solat, aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat ibu dan bapa aku.

Begitu juga dengan ibu mertuaku Hajjah Fatimah binti Osman. Ku anggap sama saja seperti ibuku sendiri.

Buat anak-anak aku, sebagai seorang ibu , emak sangat sayangkan kamu semua. Sejak dalam kandungan sampai kamu semua besar, emak jaga dan belai ( tapi dengan pertolongan bibiklah ).
Kalau emak marah bukan sebab emak benci kamu tapi sebab emak sayang.Kalau emak ganggu tidur kamu semua , suruh bangun solat subuh bukan sebab emak marah kamu tidur, tapi sebab emak sayang. Orang Islam kalau nak masuk syurga kenalah solat.
Emak tegur bila kamu bersikap biadap , emak pukul bila kamu melampau batas , pun bukan sebab emak benci tapi semuanya kerana sayang.
Tak adalah seorang ibu yang waras tak sayangkan anak, semua ibu sayangkan anak. Walaupun kekadang kamu mungkin fikir emak tak ambil berat , takambil pusing dengan aduan dan kehendak kamu , sebenarnya emak peduli tapi emak tak boleh manjakan kamu semua secara berlebihan, tunaikan apa saja kehendak kamu tapi sebab emak nak kamu semua belajar tentang kehidupan. Kita takkan dapat apa yang kita mahu tanpa usaha.

Tapi ada masanya emak berlembut juga kan....dan disaat itu kamu senyummm memanjang .

Walaupun ada waktu emak marah, ada waktu emak menjerit macam tarzan sampai serak suara, ada waktu pulak emak membebel mengalah radio ERA tapi yang paling pasti emak tak pernah lupa doakan untuk kamu semua supaya kamu semua menjadi anak yang soleh , anak yang bakal menyelamatkan agama dan keluarga dan anak yang tak pernah lupa tuntutan agama.

Kalau ada sesuatu yang boleh emak minta dari kamu semua, hanyalah sedekah al-fatihah setiap kali selepas solat 5 waktu kamu untuk emak dan ayah terutama kalau nanti emak dan ayah sudah tiada dibumi ini...mudah mudahan teranglah kubur emak dan ayah nanti..aminn

Dan emak nak ucapkan terimakasih pada anak-anak emak yang baik baik dan kacak kacak ni sebab sudi kasi emak hadiah dan kad


                                                                    hehe Pink tu...........
                                                   Brooch yang cantik . Boleh pakai raya nanti.

Dan buat adik adik aku serta kakak ipar ku...selamat hari ibu juga .

Intai ...handbag organizer ??

Tadi pagi kemas kemas handbag, teringat pulak nak snap gambar....jadi hari ni kita cerita pasal organizer kesayangan aku ni...

Ni namanya Handbag organizer....;)) , murah aje harga nya tapi sangat berguna . Organizer ni bukan aku yang beli, tapi adik aku Ely yang bagi ....mulanya aku kirim tapi dia kasi free pulak...haaa baguskan, lainkali boleh kirim lagi. Tapi kalau sesiapa nak beli, bolehlah beli kat Guardian . Ada banyak warna, tapi aku suka warna oren sebab warnanya terang dan berani. Aku kan berani...ngeh ngeh ngeh....

Tengok cantik ajekan tersusun barang barang aku dalam organizer ni. Gula gula limau pun ada.....tu kudapan masa boring boring .
Lagipun guna benda ni senang lah untuk aku yang suka tukar tukar handbag ni......keluarkan dan masukkan, takyah risau ada barang tertinggal, walaupun kekadang tertinggal juga....


Tengok ...cantik sajakan tersusun dalam handbag aku . Lagipun senang , sebab bila nak cari barang raba saja , maklumlah susunatur tu sama saja ,jadi boleh ingatlah kat mana ku selit .
Ni pulak purse aku, penuh dengan kertas kertas yang ntah apa-apa....kekdg bila nakbeli barang baru perasan, kertas semua isinya, duit takdepun.....nasib baik kebanyakkan kedai boleh guna Debit kad.

Lepas ni bolehlah masing masing pakat tayang handbag organizer pulak.....