Selamat hari bapa....................
Sebenarnya hari bapa ni pun macam hari Ibu juga ....hari hari. Tapi rasanya takde salah kalau ada satu hari yang diperuntukan untuk mengenang orang orang yang paling kita sayang dalam dunia ni. Selagi amalan itu tidak menyalahi hukum syarak. Malah mengembirakan hati ibu dan ayah adalah dituntut kan.
......Selamat Hari bapa , ayah.....
Inilah wajah ayah aku.....Abdul Rashid bin Muda.
Antara orang yang aku sayang kat dunia ni.
Orang yang paling banyak mendorong kejayaan dalam kehidupan aku.
Orang yang paling banyak membantu aku . Dan pastinya semua tu dilakukan bersama ibu aku, yang juga menjadi antara orang yang paling aku sayang
Iskhh ada ke anak yang tak sayang ibu bapa. Jarangkan.....kalau tak sayang ibu bapa tu maknanya anak derhakalah, dan anak derhaka mana boleh masuk syurga....nauzubillahminzalik..
Banyak kenangan yang aku simpan bersama ayah aku. Tak perlulah nak ceritakan semua disini, nanti 4hari 4malam pun takhabis menaip.
( Tapi aku nak tulis juga cerita ni.....kata ayah dan mama, masa aku lahir 43tahun dulu , mama tak berapa sihat, ayah pula perlu kesekolah mengajar, sebab ayahkan seorang guru. Tiada siapa pun boleh diharap untuk bantu mama jaga aku. Kebetulan kami tinggal dikuaters guru di Kuala Kemaman, sekolah depan kuarters....jadi ayah bawa aku yang masih berusia beberapa hari kesekolah setiap hari, waktu mengajar ayah letak aku kat atas meja guru.....adakalanya kalau guru lain ada waktu mereka jaga aku sekejap, waktu menyusu, ayah hantar aku balik rumah........yeayy aku pergi sekolah sejak bayi lagi...., tapi tak lamalah, sebab guru besar mana boleh benarkan ianya berlarutan. Bila mama sihat , ayah tak bawalah aku kesekolah lagi.
Lepas tu hari aku lahir, hari tu juga ayah dapat keputusan lulus SPM........)
Apapun aku cuma nak cakap, aku sayang sangat dengan ayah aku dan aku berterimakasih atas segala pengorbanan ayah.
Tanpa dorongan dan pengorbanan ayah, aku takmungkin boleh jadi seperti sekarang. Alhamdulillah....Terimakasih Ya Allah sebab kurniakan aku ayah dan ibu yang sangat baik.
Untuk mereka berdua, tak pernah sekalipun aku lupa doakan setiap kali selepas solat ku.
Dan aku harap aku mampu berbakti selagi mereka ada.
Terima kasih ayah, jasamu kukenang.
Untuk suami tercinta................Selamat Hari Bapa
Terimakasih kerana menjadi bapa yang baik buat anak-anak kita.
Yeeeaaayyyy Dah kembali ke pangkal jalan...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment