Muhammad Ariff bin Mohd Mokhtar , atau lebih dikenali dikalangan ahli keluarga dengan panggilan Lope , menenggelamkan gelaran "along" sebagai abang sulung.
Sekarang dah berusia 19tahun....dah besar pun anak emak ni.
Dah mula mengenal hidup . Menuntut jauh dari rumah keluarga membuatkan dia lebih menilai erti kehidupan dan susah payah, mengenal erti berdikari dan menguruskan kewangan.
Hehe...merepek pulak mukadimahnya,.
Sebenarnya nak cerita, dia sekarang dan tak duduk hostel lagi. Yelah dah masuk sem 3, mana nak dapat hostel. Maka terpaksalah menyewa.
Tak tahu kenapa dia memilih untuk menyewa rumah kampung, agaknya sebab dekat kut,..tapi apartment pun banyak kat situ. Apa-apalah asal dia suka.
Sendu juga hati keibuan aku pertama kali menjejakkan kaki kerumah sewa dia. Dia menyewa dengan 4 orang kawan. Murah betul sewa, Rm250 sebulan.
Betul betul dalam kampung tapi dekat saja dengan universiti, jalan kaki dalam 15 min kut. Tapi kami beri juga dia sebuah kereta. Senang nak ke Universiti, makan dan minum.
Tak pernah aku besarkan anak-anak aku dalam rumah yang serba kekurangan dan sekarang anak sulung aku berani menempuh kehidupan sederhana . Walaupun kami tak kaya,tapi selama ini dia dibesarkan dalam keadaan serba ada.
Serba salah juga aku, tapi melihat keselambaan dia menerima rumah itu sebagai tempat tinggalnya, tapi aku kagum juga...
Meh kita melawat rumah dia...
Ni keadaan depan rumah..............depan sungai tu. Sejuk saja mata memandang. Katanya pagi pagi ada pakcik pakcik kat situ menebar jala menangkap ikan. Free tu ikan.............tapi dia cuma ada joran buluh, mengail sajalah.
( yang berdiri tu bukan pakcik ye...tapi ayah Ariff )
Tepi sungai ada pokok....cam best juga lepak kat pokok ni sambil main gitar...cheewahhhh
Tu dia....Afif sedang cuba memancing.......
Ni....tandas...Dah namanya rumah kampung, tandas curah sajalah. Dah dibersihkan....ku lihat sebotol acid yang dah kosong, mesti guna untuk bersihkan lantai tandas dan bilik air tu
Ruang dapur...........kosong saja. . Aku pun tak pernah duduk rumah macam ni......tapi baguslah, esok esokkalau dapat mertua orang kampung, dah terbiasa..oklah kan....
Nanti letak tikar getah, para ...comellah tu
Bilik tidur .....belum kemas. Lantaipun simen saja . Tapi aku dah bawa karpet sebidang....heheh
Nanti kena beli tilam bagai......
Ni depan rumah.....comel juga kan. Ada 5 buah rumah serupa....baguskan pemilik tanah ni, dirikan rumah dan sewa murah murah...padanlah dengan rumahnya.
Termasuk 5 buah rumah macam ni, ditambah dengan rumah rumah lain...huhh adalah dalam 10biji rumah sewa pemilik yang sama..........
WE LOVE YOU.............duduk baik baik.
Selamat belajar dan solat lima waktu jangan lupa...
Yeeeaaayyyy Dah kembali ke pangkal jalan...
7 years ago
1 comments:
merkur casino - YN 88 Online
merkur casino. You can also see choegocasino this site's review of Merkur online casino. You 메리트 카지노 쿠폰 may also 인카지노 like: merkur slots.com
Post a Comment