Selamat Hari Bapa buat ayah....

Selamat hari bapa....................

Sebenarnya hari bapa ni pun macam hari Ibu juga ....hari hari. Tapi rasanya takde salah kalau ada satu hari yang diperuntukan untuk mengenang orang orang yang paling kita sayang dalam dunia ni. Selagi amalan itu tidak menyalahi hukum syarak. Malah mengembirakan hati ibu dan ayah adalah dituntut kan.

......Selamat Hari bapa , ayah.....


Inilah wajah ayah aku.....Abdul Rashid bin Muda.
Antara orang yang aku sayang kat dunia ni.
Orang yang paling banyak mendorong kejayaan dalam kehidupan aku.
Orang yang paling banyak membantu aku . Dan pastinya semua tu dilakukan bersama ibu aku, yang juga menjadi antara orang yang paling aku sayang

Iskhh ada ke anak yang tak sayang ibu bapa. Jarangkan.....kalau tak sayang ibu bapa tu maknanya anak derhakalah, dan anak derhaka mana boleh masuk syurga....nauzubillahminzalik..

Banyak kenangan yang aku simpan bersama ayah aku. Tak perlulah nak ceritakan semua disini, nanti 4hari 4malam pun takhabis menaip.

( Tapi aku nak tulis juga cerita ni.....kata ayah dan mama, masa aku lahir 43tahun dulu , mama tak berapa sihat, ayah pula perlu kesekolah mengajar, sebab ayahkan seorang guru. Tiada siapa pun boleh diharap untuk bantu mama jaga aku. Kebetulan kami tinggal dikuaters guru di Kuala Kemaman, sekolah depan kuarters....jadi ayah bawa aku yang masih berusia beberapa hari kesekolah setiap hari, waktu mengajar ayah letak aku kat atas meja guru.....adakalanya kalau guru lain ada waktu mereka jaga aku sekejap, waktu menyusu, ayah hantar aku balik rumah........yeayy aku pergi sekolah sejak bayi lagi...., tapi tak lamalah, sebab guru besar mana boleh benarkan ianya berlarutan. Bila mama sihat , ayah tak bawalah aku kesekolah lagi. 
Lepas tu hari aku lahir, hari tu juga ayah dapat keputusan lulus SPM........)

Apapun aku cuma nak cakap, aku sayang sangat dengan ayah aku dan aku berterimakasih atas segala pengorbanan ayah.
Tanpa dorongan dan pengorbanan ayah, aku takmungkin boleh jadi seperti sekarang. Alhamdulillah....Terimakasih Ya Allah sebab kurniakan aku ayah dan ibu yang sangat baik.
Untuk mereka berdua, tak pernah sekalipun aku lupa doakan setiap kali selepas solat ku.
Dan aku harap aku mampu berbakti selagi mereka ada.


Terima kasih ayah, jasamu kukenang.



Untuk suami tercinta................Selamat Hari Bapa
Terimakasih kerana menjadi bapa yang baik buat anak-anak kita.





Teddy bear.....hati hati ye.............

Comel kan.......






Entri kali ni , bukan kisah aku tapi saja nak kongsi.
Sejak kebelakangan ni seronok pulak baca kisah kisah mistik, aku baca kat forum cari,com
Salah satu kisah yang aku rasa boleh diambil iktibar oleh kita semua adalah kisah ni....Terutama untuk mereka mereka yang gemar menyimpan patung patung besar walaupun untuk mainan .

Teringat pulak aku dalam satu ceramah Ustaz kazim Eliaz, lupa dah tajuk ceramah.......katanya memang haram kita menyimpan patung patung besar...yang kecik kecik boleh untuk mainan tapi kalau tak simpanlebih baik...
Tapi kat rumah aku ada gak patung patung kecik McD tu...



( Credit untuk forum Cari.com dan Ilahkhatibrani )
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=406635&extra=&page=1
( cerita cerita lain boleh baca kat sini kalau minat, )

Siapa penakut jangan baca ye.


KISAH MISTIK TEDDY BEAR

Ilah dulu suka teedy bears.terutama yang banyak bulu tu….hmm  kalau peluk jer…beshhhhh…siap kalau takder teddy bear tak leh..tido….sebenarnya abah ngan mak tak suka beli patung2……kira dulu mase kecik2 terliur gak nengok barbie doll…bila merengek kat abah nak beli patung tu…takdernya dia beli..kena jengil mata aderlah…..ilah ingat lagi mase kecik2 ilah ngan adik pompuan ilah suka main patung2 cantik yang dari kertas tu,,,siap banyak lah pakaian ..tapi daripada kertaslah…seronok main  tapiii.biler abah nampakkkkkkkk….dibuang semuanya tuuuuuuuu..waaaaaaaaaaaaaaaaa…geram gak…tapi mase tu kecil lagi..taktau naper abah wat macam tu….sampailah ilah dah besar baru ilah tahu naper..abah tak suka anak perempuannya simpan patung terutama teddy bears 

Mase ilah tahun kedua..di UITM-PPP di sec 17……ilah dapat hadiah teddy bear berbulu…lebat dan besar sannngaaaaaaatttt tuk bizday ilah…weeeeee..ilah saying sangat kat teddy bear nieeee…(besarnya macam  Shanie..yang pelakon tu…dan tinggi…macam org dewasa duduk)…tapi ilah tak pernah bawa lik..sebab takut abah marah……jadi bila cuti semester ilah akan tinggalkan kat dalam bilik jer..kalau sebulan  cuti..sebulan lah teddy bear…tu tinggal sesorang….

Hmmm sampailah ilah cuti panjang lepas final exam….lepas lik cuti…ilah  tengok teddy bear ilah dah lain macam sikit….sebab kekadan ilah perasan mata bulat dia tu macam bergerak..terutama bila ilah dalam bilik sorang2 ….bila ilah terperasan..ilah siap amik teddy bear tu ..dan tenung mata dia..sebab nak pastikan tul ker tidak……aik! Takder lak……. 

Bila malam lak ilah..kekadang ilah akan letak teddy bear tu kat atas lemari..sebab adakalanya ada kawan datang tido kat bilik ilah…so dorang akan  tido kat lantai..tu tido gelimpangan…..tapi peliknya…bila ilah bangun pg…teddy bear tu ada kat  ujung kaki ilah tengah  best dok mengadap kat ilah…’.eh! jatuh ker patung ilah nie…tapi kalau jati naper kedudukan dia kat kaki ilah macam ader org sajer letak?’ Bisik ilah dalam hati


Sampailah satu malam tu…ilah tido sebilik ngan kawan baik ilah ..kat dalam bilik ilah (kebetulan roommate ilah takder..  lik umah parent  mase ujung minggu) ….dia ni time nie tengah syok bercinta….tiap malam 2 mesti bergayut…kalau bergayut…sampai berjam2 lamanya…dahlah zaman dulu hp..nya besar2..iskkkkkkkkkkk..tak sakit telinga ker….aduhlah….


Ilah tido awal dan dia masih lagi bergayutttt ngan bf ….tetiba ilah tersedar…sebab terdengar macam bunyi suara org mengelupor mengerang  ( hish! Camner yek nak cakap…haaa macam nie…macam ader org tekup mulut kita..pas tu kita macam nak jerit..tapi..takleh ..tapi ader bunyi gakkk….kira suara tersekat kat kerongkong laaa)


Time nie bilik gelap..tapi teranglah sebab kat luar bilik ader lampu ..jadi cahayanya  aderlah sedikit menerangi bilik ilah….katil ilah ngan katil roommates ilah disusun macam  huruf L dan kira berdekatan ngan tingkap…ilah tido kat katil ilah ..dan kawan baik ilah tido kat katil roommates ilah

Bila ilah terdengar suara macam org mengerang…ilah bukaklah mater…..Ya-Allah…..cepat2 ilah bangun dan bukak lampu bilik..terus bilik terang….kawan ilah lak..terus bangun dari katil dan peluk ilah sambil menangis….baju dia basah ngan peluh…sementara patung teddy bear ilah amik dan ilah cepat lontar kat luar bilik…serentak teddy bear tu jatuh langgar kat locker luar….terus gedebunggggg….dan ilah cepat2 tutup pintu bilik…

Haaa..kengkawan nak tahu apa ilah Nampak……mase ilah bukak mata tu..ilah namapk ader lembaga itam berbulu..tengah himpit baring kat atas kawan ilah…bende tu siap cium lagi mulut kawan ilah dengan rakus..sementara..kawan ilah kejung tak bergerak….bende tu  bernafas merengus ngan kasar tau..

Sebab tu ilah bangun bukak lampu…..dan bila ilah bukak lampu..lembaga hitam berbulu tu lari masuk kedalam teddy bear ilah  (time nie teddy bear tu tul2 kat ujung kaki dia )…..tu yang ilah amik teddy bear dan lontar kat luar bilik..

Jam menunjukkan pukul 3.45 pg..kami berdua tak sambung tido….ilah tak putus2 baca aper yang patut…..sementara kawan ilah peluk ilah..sambil menangis..ilah suruh dia bacer sekali apa yang patut…sementara kat luar bilik ..kami dengar macam bunyi..kerusi kena baling kat lantai….dan bunyi pintu locker kena hempas ngan kuat….alhamdullilah..bende tu tak masuk dalam bilik lagi….sementara kami terus menerus bacer apa yang patut..dan lampu bilik  terus terpasang sampai  pagi..dan kami berdua tak sedar bila mase lak kami terlena 

Pagi tu kami keluar bilik..sebab nak tengok..keadaan luar bilik..yelah malam tadikan bende tu mengamuk kat luarkan…….tapi bilik kami  keluar ..laaaa..semua kerusi ngan pintu locker..elok jerrrrrr….dan  yang tak bestnya..teddy bear ilah tengah dok kat atas meja  ..terletak elokkk jer…dan mengadap kat kami…..terkejut ilah….tapi ilah wat tak reti jer….yang kawan ilah dah gelabah..last2 ilah amik teddy bear tu letak kat dalam lemari kosong dan kunci sambil bacer ayatul kursi…..dan terus tipon BF ilah……repot kat dia…hu..hu….tak mo tipon abah nanti kena marah..so tiponlah BF…kebetulan lak dia belajar kat UM….

Bf ilah kol balik dan  cakap dia akan datang lepas zuhur jumpa ilah…..jadi lepas zuhur dia datang dan bawak plastic sampah warna hitam….dia pas kat ilah dan suruh ilah bungkus teddy bear tu dalam beg tu…….dan siap pesan sebelum masuk kan teddy bear tu bacer  sesuatu..dulu…ilah buat macam disuruh..Cuma bila dah letak patung tu kat dalm beg palastik itam tu….bila angkat ..ya-Allah..beratnya….tapi bila ilah  ilah baca ayat yg BF ilah suruh bacer..dia ringan sikitlah….leh lah angkat..tapi masih berat jugaklah…macam dalam tu ader banyak batu besar2….

Lepas tu BF ilah terus bawak karung itam berisi patung tu ke seksyen 25…dan sampai jer atas  jambatan…yang ader sungai tu…terus dia buang lempar kat dalam sungai….

Lepas tu ilah tanyalah ngan kawan baik ilah….apa yang jadi ….dia pon citerlah….lepas abis gayut ngan BF dia …dia tak leh tido..pastu dia amiklah teddy bear ilah..siap peluk lagi……macam peluk bantal peluk….lepas tu masa dia nak terlena tetiba dia terdengar macam ader org jilat telinga dia sambil berkata “  hmmmm I loveeeeeeeeee  uuuuuuuuu”..berulang kali…..dia ingatkan dia bermimpi..sebab suara yang dia dengar tu tul macam suara BF dia …lepas tu cubalah bukak mater….tapi tak leh..paas tu dia rasa ader macam org cium mulut dia siap leh rasa lagi lidah....dia cuba nak jerit …tapi tak..leh….dan serentak tu..juga..dia rasa ..macam ader org tindih dia siap raba2 badan dia…..dan masa tu dia bukak mata…terus dia Nampak ilah ..dan bilik terang….dan time nie…terus dial eh gerak badan…..

Ilah tanyalah..kat BF…..apa yang lembaga hitam berbulu..tu…dia kata hantu raya..yang tak bertuan…..nasib baik dia takaper2kan ilah…sebab hantu raya nie….memang kuat nafsu….
   
Dan lagi satu…hantu raya nie…dah lama peratikan ilah..dan cuba wat sesuatu..tapi tak dapat….sebab ilah selalu wat  baca aper yang patut sebelum tido……kira kawan ilah nie…..kesian dia…memang nasib tak baiklah……sejak ari tu kawan baik ilah kalau tido mesti bacer apa yang patut….aduihlah…dah terkena baru nak wat…

Rumah Ariff ???

Muhammad Ariff bin Mohd Mokhtar , atau lebih dikenali dikalangan ahli keluarga dengan panggilan Lope , menenggelamkan gelaran "along" sebagai abang sulung.
Sekarang dah berusia 19tahun....dah besar pun anak emak ni.

Dah mula mengenal hidup . Menuntut jauh dari rumah keluarga membuatkan dia lebih menilai erti kehidupan dan susah payah, mengenal erti berdikari dan menguruskan kewangan.

Hehe...merepek pulak mukadimahnya,.
Sebenarnya nak cerita, dia sekarang dan tak duduk hostel lagi. Yelah dah masuk sem 3, mana nak dapat hostel. Maka terpaksalah menyewa.

Tak tahu kenapa dia memilih untuk menyewa rumah kampung, agaknya sebab dekat kut,..tapi apartment pun banyak kat situ. Apa-apalah asal dia suka.

Sendu juga hati keibuan aku pertama kali menjejakkan kaki kerumah sewa dia. Dia menyewa dengan 4 orang kawan. Murah betul sewa, Rm250 sebulan.
Betul betul dalam kampung tapi dekat saja dengan universiti, jalan kaki dalam 15 min kut. Tapi kami beri juga dia sebuah kereta. Senang nak ke Universiti, makan dan minum.
Tak pernah aku besarkan anak-anak aku dalam rumah yang serba kekurangan dan sekarang anak sulung aku berani menempuh kehidupan sederhana . Walaupun kami tak kaya,tapi selama ini dia dibesarkan dalam keadaan serba ada.
Serba salah juga aku, tapi melihat keselambaan dia menerima rumah itu sebagai tempat tinggalnya, tapi  aku kagum juga...

Meh kita melawat rumah dia...



Ni keadaan depan rumah..............depan sungai tu. Sejuk saja mata memandang. Katanya pagi pagi ada pakcik pakcik kat situ menebar jala menangkap ikan. Free tu ikan.............tapi dia cuma ada joran buluh, mengail sajalah.
( yang berdiri tu bukan pakcik ye...tapi ayah Ariff )




Tepi sungai ada pokok....cam best juga lepak kat pokok ni sambil main gitar...cheewahhhh



Tu dia....Afif sedang cuba memancing.......



Ni....tandas...Dah namanya rumah kampung, tandas curah sajalah. Dah dibersihkan....ku lihat sebotol acid yang dah kosong, mesti guna untuk bersihkan lantai tandas dan bilik air tu




Ruang dapur...........kosong saja. . Aku pun tak pernah duduk rumah macam ni......tapi baguslah, esok esokkalau dapat mertua orang kampung, dah terbiasa..oklah kan....
Nanti letak tikar getah, para ...comellah tu




Bilik tidur .....belum kemas. Lantaipun simen saja . Tapi aku dah bawa karpet sebidang....heheh
Nanti kena beli tilam bagai......





Ni depan rumah.....comel juga kan. Ada 5 buah rumah serupa....baguskan pemilik tanah ni, dirikan rumah dan sewa murah murah...padanlah dengan rumahnya.
Termasuk 5 buah rumah macam ni, ditambah dengan rumah rumah lain...huhh adalah dalam 10biji rumah sewa pemilik yang sama..........




WE LOVE YOU.............duduk baik baik.
Selamat belajar dan solat lima waktu jangan lupa...

Fridge magnet

Walaupun aku suka loceng, tapi aku pun suka fridge magnet  ( kira hint ni tau, hehe )
Tapi tak banyaklah koleksi aku, sebenarnya banyak, tapi banyak yang dah pecah dan hilang dek penangan hero hero ku...suka suka ambik buat main.
Sayang juga sebab beli mahal mahal, jauh jauh pulak tu , konon untuk kenangan , almaklum bukan senang nak sampai negara jauh jauh...sudahnya pecah dan hilang. Redha ajelah

Ini sajalah yang masih ada.


Sorrylah gambar terbalik.......

Ucapan ribuan terimakasih buat yang sudi bagi aku fridge magnet ni. Yang paling banyak bagi aku FM ni adalah biras aku, NorAsyikin sebab dia selalu "outstation". Lepas tu adik adik aku , adik adik ipar aku pun ada bagi.
Kawan kawan pun ada juga bagi seketul dua .
Jadi aku ucapkan ribuan terimakasih dengan ucapan bagilah lagi.

Ni salah satu aktiviti anak-anak masa cuti sekolah. Aku beli set ni dekat Cosway, eh bukan beli , pesan kat Amy tapi dia bagi free....muahhh thanks Amy
Layan ajelah gambar gambar anak-anak ni mengerjakan Plaster Of Paris FridgeMagnet. Ntah hapa hapa Akmal warnakan, semua warna bercampur. Sudahnya ladybird jadi warna hijau
                            Bahagi bahagikan dulu.....Akmal dah ambil Ikan. lepas tu ambil ladybird pulak



                                                           On your mark....get set...................



                                                               Tekun je Afif...




                                                                 Tadaaaaaaaa
Ikan dah pecah sket, lum apa apa dah jatuh. Rama-rama Afif buat,  Kudalaut Amerul warnakan, Ikan mula-mula Akmal warnakan, sekali kena basuh balik sebab tersgt buruk, ( lupa nak snap ), Ladybird....hehe mesti boleh teka siapa warnakan....hijau semua sudahnya........takpelah.

                                                       Ni satu lagi hasil kreativiti anak-anak,.
                                         Nak sangat suruh ayahnya stop smoking, siap letak gambar ngeri tu as FM unfortunately its not yet working. Ketegaq kan....

Akmal OOhh Akmnal

MUHAMMAD AKMAL..............sibongsu , umur nak masuk 5 tahun tapi kerenah dan kreativiti ya ampunnnn....

Ni peristiwa minggu lepas . Konon nak tiru gaya MrBean. Katanya Mr Bean boleh potong rambut sendiri, dia pun boleh.
Dia ambik gunting , dia pergi verandah dan buat kerja kat situ.
Lepas tu pandai pulak kejut ayah dia, tunjuk ke"hebatan" dia..
hahahhhhhh....sabar ajelah



Taraaaaaaa.....................handsome ke saya ? Udah tobek sebelah kepala, banyak pula tu...iskhhh




Dahlah dia ni jenis susah nak gi kedai gunting, melalak macam nak kena bunuh lagaknya....jangan kata nak gunting rambut, nampak kedai aje dah setengah histeria......
Setakat ni cuma sekali saja dia gunting rambut kat kedai, tu pun gamat dibuatnya. Masa tu umur dia 18 bulan.
Lepas tu, emak dia nilah jadi tukang gunting nya.....agaknya sebab masa bayi dulu pun, emak dia juga yang cukurkan.


Uwaaaa........................macamlah sakit sangat gunting rambut tu,....eh bukan gunting tapi mahu di"mawi" kan saja, lebih senang dan cepat....



Habis semua kain alas direntapnya, Meleleh leleh air liur, air mata........sib baik tukang gunting sabar.
Ni kedai gunting kat kemaman, kebetulan balik sana .........


Tadaaaaa akhirnya siap juga, jenusssssss. Penuh rambut dekat baju dan badan, sib baik ada powder and puff kat kedai, penuh powder kat badan nak buang saki baki rambut, baju jangan cakaplah. Buka ajelah terus

Terus masuk THE STORE beli baju baru.............agakny orang pelik tak, ,masuksupermarket tak pakai baju, pergi ambik baju dan terus sarung, cabut tag dan bayar......belasah lah....Akmal kan memang hero


Jeng jenggggggsudah handsome.....................selepas di"mawi"kan....terus beli cerminmata ( Rm2.50 je ) dan bergaya macam mawi..........hahaha...ku tak minat mawi tauuuu....


Kiranya Akmal mencipta sejarah kali ke 2, gunting rambut kat kedai  pada usia 4tahun setengah....

Mudah mudahan lepas ni tak susah lagi....tak sakit pun kan....


Sedang kebosanan menempuh perjalanan dari Kemaman ke Shah Alam, habis seat kereta di tampalnya dengan sticker spongebox. Nasib baik seat fabric, kalau leather susah juga kut nak ditanggalkan....