Lama tak update blog ni, bersawang sudah. Bukan takde cerita tapi lebih suka simpan sendiri ( alasan malas menaip )
Sebulan tanpa pembantu rumah, aku mula kenal rumahku sendiri . Menguruskan rumahbertangga tinggi itu bukanlah sesuatu yang mudah tapi agak menyeronokkan cuma batasan kerja menjadikan hidup agak kelam kabut. Alhamdulillah , anak sulung tersayang Muhammad Ariff byk membantu, hinggakan menolak semua tawaran kerja parttime untuk membantu ibu nya ini...begitu juga dengan anak anak yang lain..terimakasih sayang, termasuk suami tercinta.
Takyah citer panjang pasal ni...
Ni sebenarnya cerita yang nak aku sampaikan.............human rights? huhh
Semalam pembantu rumahku yang bernama Imas Suminar Didih ,pembantu rumahku yang ke 16 yang telah berkhidmat selama 3 tahun, pulang semula kerumah selepas habis tempoh cuti sebulan.
ibu: seronok bercuti imas
imas : :menyesal Imas cuti .............huhuhhh. kalau tahu begini, tak perlu cuti sampai bila bila pun tak apa. Mak Imas pesan, selepas ini tak perlu cuticuti lagi dah....
Nak tahu kenapa?
meh baca lagi
Sebelum berlepas ke Bandung telah ku pesan, sebaik tiba disana terus uruskan dokumen kemasukkan semula sebab dengar cerita kemasukkan semula selepas bercuti agakperit. Sebenarnya sebelum dia cuti , aku diberitahu kena dapatkan surat dari kedutaan, Bayangkan aku cuma tahu semua tu sehari sebelum dia bercuti. Ke Kedutaan Indonesia pada hari itu, kami cuma tiba jam 10am....wahhh nombor sudah habis, borang juga sudah habis. Termenung sejenak, tapi tak mahu berputus asa, kami minta jumpa pegawai, dengan zikir dan ayat kursi tanpa putus, permohonan untuk jumpa pegawai menjadi mudah, alhamdulillah urusan pun selesai dalam masa 1 jam....Syukur ya Allah.
Dengan dokumen yang ada sepatutnya memudahkan dia menguruskan semuanya. Malangnya Imas ni kecil orang nya, muka pun kecik saja..............( sebenarnya dia mmg masih dibawah umur ). Masa mula masuk kesini,passport 22 tahun rupanya dia hanya berusia 16tahun, skrg baru 19tahun sedangkan passport sudah berusia 25tahun.
Kerana keremajaan nya maka pegawai disana tidak percaya akan umurnya itu 25tahun....hahaha logiklah sebab dia mmg kecik.Mmg adakan remaja 19tahun tapi kelihatan seperti 25tahun tapi tidak dengan Imas....kecik dan pendek. Sejak dulu dia selalu merungut .. " kenapalah Imas ni kecil sangat , pendek pulak tu " . Aku selalu tergelak dengan rungutan dia....." bersyukurlah sebab awet muda " kata ku
ehh kita sambung cerita. Pegawai disana masih tidak percaya......rupa-rupanya seminggu dia ditahan dikakilima pejabat imigresen disana. Bayangkan 1 minggu tak boleh keluar, diberi makan, tidur dikerusi kaki lima dengan nyamuk dan seorang diri. Kesian kan...dimana hak kemanusian mereka ye, sedangkan dia bukan penjenayah. Bayangkan perkara sama berlaku diMalaysia, bukan setakat demontrasi jalanan, harus dibakar negara ini kann.
Tapi dia tak pernah ceritakan semua ini semasa disana, dia cuma call untuk minta sejumlah wang untuk urusan kemasukkan semula. . Untung saja aku western union kan duit itu dibawah nama ayahnya, kalau nama dia, mcmana dia nak keluar ambil.
Akhirnya selesai. Seminggu cutinya terbuang didalam tahanan....kesian kan.......
Alhamdulillah juga kerana Abang Iparnya menguruskan agen pekerja asing disana jadi tiada kos agen dikenakan.
Tu belum termasuk lagi tips tips yang dia kena bayar sepanjang kemasukan dan proses keluar semula.........
Ada satu pertanyaan yang dia tanya
Imas : Pelikkan bu, di Indonesia semuanya uang....nak chop passport bila sampai di bandung kena bayar 200ribu, masa nak keluar semalam kenabayar 500ribu . Kenapa semasa diairport Malaysia tak ada siapapun yang minta uang........
hahaha.....aku tiada jawapan pasti untuk itu, aku cuma jawab " klau ada yg minta uang disini, insyaallah kerjanya melayang "....
Ceritanya lagi kehidupan diIndonesia amat perit, bahan asas semuanya mahal.....bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia.
Dan ini ole ole dari Indonesia untuk aku......ibu tercinta kannnn...:))))
Ukelele 2 biji...............tersangat murah harganya disana.
Terimakasihhhhhhh
psst: cerita ni ringkas ,. tak larat nak taip......;))
Kesimpulan: pembantu rumah diluar sana, tak perlulah pulang bercuti buat sementara ini.
Yeeeaaayyyy Dah kembali ke pangkal jalan...
7 years ago
1 comments:
Salam kenal. Ianya benar dan banyak berlaku. Bersyukurkan kita jadi rakyat Msia.
Post a Comment