Macamana nak kurus.

Popular betul soalan ni. Selalu je ada orang tanya. Tapi jawapan pastinya tak ada.
Apapun meh nak bagitahu tips tips sket.
Kalau nak 6pac abs , kenalah rajin kan....usaha tu tangga kejayaan, kalau mulut duk cakap nak kurus tapi mulut tu gak tak henti mengunyah ....payah nak tolong.
Bukan ubat ubatan dan makanan kesihatan semata, banyak lagi perkara lain perlu dititik beratkan.


1. Jangan makan 3kali sehari, tapi makanlah 5-6 kali sehari.
jeng jeng......giler punya tips.
Eh...tunggu dulu, bacalah sampai habis
maksudnya tu, jangalah makan 3 Large meal a day, tapi makanlah 5-6 small meal a day.
Kalau makan sekali banyak, kalori pun banyak,. susahkan nak buang, kalau makan sikit sikit walaupun kerap tapi kalori kecik je, senanglah nak bakar sebab antara masa makan tu kita bergerak sana sini, terbakar juga sedikit sebanyak. Tapi janganpulak belasah heavy meal semua. Tanggung sendirilah akibatnya

Lagipun kalau kita makan sikit sikit ni, sebenarnya perut kita akan kenyang, jadi masa main meal macam lunch kita akan makan sikit saja. Percayalah, saya tak tipu. At least kalau kita boleh kurangkan kalori intake setiap hari...kurangkan 10-20% pun cukuplah dulu.

Lepas tu, ada study mengatakan kalau kita agihkan pengambilan kalori kita kepada lebih kerap ( maknanya kalori intake perday masih sama tapi instead of makan 3kali, kita agihkan jadi 5kali ), system badan kitaakan keluarkan kurang insulin, dan akan jadikan paras gula dalam darah kita steady dan kita akan kurang rasa lapar . Faham tak ayat saya yg agak berbelit ni......

2. Bersenam atau berjalan selama 45 minit sehari.

haha kenapa 45min, dan bukan 30min ?
Sebab ada 1 study dari Duke University mengatakan bahawa senaman 30min cukup untuk menghalang pertambahan berat badan untuk orang orang biasa , tetapi lebih dari 30min ia akan menyebabkan kehilangan berat badan dan lemak badan ( fat loss )...hahhh tambah je 15min lagi.
Bayangkan kita membakar 300kalori sehari dgn cara berjalan ( brisk walk ) sejauh 3batu ( 45min cukuplah untuk jalan sebanyak tu , kalau lenggang kangkung lebih lak sejam ) .
Cara ini sekurang kurangkan membantu kita untuk kehilangan lebih kurang 30pound setahun tanpa mengubah diet ...huhu...kalau dapat hilang 15pound setahun pun kira ok kan....
Ni dari study lah, kalau tak menjadi jangan seranah saya ye....saya nak share je

3.Kurangkan 1 dari kebiasaan kita

Apa maksudnya  tu ? Katakan setiap hari kita minum minuman berkarbonat....sekarang kurangkan menjadi 6 kali saja seminggu atau kalau boleh selang sehari . Dan katakan kita makan 4 keping biskut setiap hari, skrg silalah makan 3 keping saja. hehehe
kalau setiap hari makan burger McD, maka kurangkan menjadi 3kali seminggu saja ( wehh banyak duit hari hari beli burger )

4.Kurangkan karbohidrat

semua orang dah tahu, takyah cerita lebih lebih. Cuma nak gak tambah sket, karbohidrat putih perlu dikurangkan dan lebihkan karbohidrat  perang ( wholegrain and brown rice ), tapi saya tetaplah makan nasi, ..berasperang tak berapa sedap bebbb.


5.Makan lebih kerap dirumah..masak sendirilah maksudnya

Makan kat kedai ni kan akan menyebabkan kita makan lebih banyak sebab makanan yang dihidangkan dikedai agak banyak untuk satu pinggan, tak habis tak baik, kita pun belasahkan dengan banyak. Kat rumah boleh makan sikit sikit, atau kongsi kongsi....kat kedai pun boleh kongsi tapi kita tak boleh kawal kandungan minyak bagai.....
tapi kalau masak sendiri lagi banyak minyak dan lemak berbanding kedai, sendiri mau ingat....

6. turun naik tangga 10min sehari 

kalau malas nak spend 45min tu, spend lah 10min, turun naik tangga...The centre ofdisease control said thats all its take to help you shed as much as10pounds a year( assuming you dont start eating more ).  ahhh apalagi sila turun naiktangga sebanyak mungkin tapi jaga jaga lutut tauuu

7.Kurangkan tengok TV sekurang kurangnya sejam sehari dari kebiasaan

hahhh tengok TV pun boleh gemuk...taklah, tapi ramai org tengok TV sambil munching.....nyum nyum nyum tak sedar habis kerepek seplastik...huhuhhhh.
Masa tu buat buatlah senaman ye.....berkebun ke...

8.Makan sebelum malam

ni kan semua orang dah biasa dengar, makan awal , jadi masa untuk bakar kalori tu menjadi lebih banyak,berbanding dengan makan sejam sebelum tidur...

9.Kunci dapur selepas dinner  

kalau saya takkanmasuk dapur dah selepas dinner,kalau bolehpeti ais sekali nak kunci. tapi ada lah orang kat rumah tu, time tengah tengahmalam ada yang curi curimasuk dapur.....hasilnya gemuk. ( siapamakan cili dia rasa pedas hahaha )

10.Pilih pilih snacking

Bukan tak boleh snacking langsung kan, tapi pilihlah, jgnlah ambik yang berkalori tinggi lebih baik ambik kismis, kurma, buah tin ke.....kacang kacang tu cuba avoid.


Sekian, itu saja yang nak dikongsikan disini.....
Panjang pulak merepek kali ni.....sebab blog ni dah lama tak berisi kan.
Kalau tips ni salah jangan marah saya, sebab saya buat OK je.....bolehlah maintain. Takyah bazir bazir beli makanan kesihatan atau produk kurus sebab mahal kan.

Lagi satu....jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan berkala....sila sila datang ke Klinik Noridah, jumpa saya.....;)))




Kesiannnnn

Lama tak update blog ni, bersawang sudah. Bukan takde cerita tapi lebih suka simpan sendiri ( alasan malas menaip )

Sebulan tanpa pembantu rumah, aku mula kenal rumahku sendiri . Menguruskan rumahbertangga tinggi itu bukanlah sesuatu yang mudah tapi agak menyeronokkan cuma batasan kerja menjadikan hidup agak kelam kabut. Alhamdulillah , anak sulung tersayang Muhammad Ariff byk membantu, hinggakan menolak semua tawaran kerja parttime untuk membantu ibu nya ini...begitu juga dengan anak anak yang lain..terimakasih sayang, termasuk suami tercinta.
Takyah citer panjang pasal ni...


Ni sebenarnya cerita yang nak aku sampaikan.............human rights? huhh

Semalam pembantu rumahku yang bernama Imas Suminar Didih ,pembantu rumahku yang ke 16  yang telah berkhidmat selama 3 tahun, pulang semula kerumah selepas habis tempoh cuti sebulan.

ibu: seronok bercuti imas

imas : :menyesal Imas cuti .............huhuhhh. kalau tahu begini, tak perlu cuti sampai bila bila pun tak apa. Mak Imas pesan, selepas ini tak perlu cuticuti lagi dah....

Nak tahu kenapa?
meh baca lagi


Sebelum berlepas ke Bandung telah ku pesan, sebaik tiba disana terus uruskan dokumen kemasukkan semula sebab dengar cerita kemasukkan semula selepas bercuti agakperit. Sebenarnya sebelum dia cuti , aku diberitahu kena dapatkan surat dari kedutaan, Bayangkan aku cuma tahu semua tu sehari sebelum dia bercuti. Ke Kedutaan Indonesia pada hari itu, kami cuma tiba jam 10am....wahhh nombor sudah habis, borang juga sudah habis. Termenung sejenak, tapi tak mahu berputus asa, kami minta jumpa pegawai, dengan zikir dan ayat kursi tanpa putus, permohonan untuk jumpa pegawai menjadi mudah, alhamdulillah urusan pun selesai dalam masa 1 jam....Syukur ya Allah.

Dengan dokumen yang ada sepatutnya memudahkan dia menguruskan semuanya. Malangnya Imas ni kecil orang nya, muka pun kecik  saja..............( sebenarnya dia mmg masih dibawah umur ). Masa mula masuk kesini,passport 22 tahun rupanya dia hanya berusia 16tahun, skrg baru 19tahun sedangkan passport sudah berusia 25tahun.

Kerana keremajaan nya maka pegawai disana tidak percaya akan umurnya itu 25tahun....hahaha logiklah sebab dia mmg kecik.Mmg adakan remaja 19tahun tapi kelihatan seperti 25tahun tapi tidak dengan Imas....kecik dan pendek. Sejak dulu dia selalu merungut .. " kenapalah Imas ni kecil sangat , pendek pulak tu " . Aku selalu tergelak dengan rungutan dia....." bersyukurlah sebab awet muda " kata ku

ehh kita sambung cerita. Pegawai disana masih tidak percaya......rupa-rupanya seminggu dia ditahan dikakilima pejabat imigresen disana. Bayangkan 1 minggu tak boleh keluar, diberi makan, tidur dikerusi kaki lima dengan nyamuk dan seorang diri. Kesian kan...dimana hak kemanusian mereka ye, sedangkan dia bukan penjenayah. Bayangkan perkara sama berlaku diMalaysia, bukan setakat demontrasi jalanan, harus dibakar negara ini kann.

Tapi dia tak pernah ceritakan semua ini semasa disana, dia cuma call untuk minta sejumlah wang untuk urusan kemasukkan semula. . Untung saja aku western union kan duit itu dibawah nama ayahnya, kalau  nama dia, mcmana dia nak keluar ambil.
Akhirnya selesai. Seminggu cutinya terbuang didalam tahanan....kesian kan.......
Alhamdulillah juga kerana Abang Iparnya menguruskan agen pekerja asing disana jadi tiada kos agen dikenakan.
 
Tu belum termasuk lagi tips tips yang dia kena bayar sepanjang kemasukan dan proses keluar semula.........

Ada satu pertanyaan yang dia tanya

Imas : Pelikkan bu, di Indonesia semuanya uang....nak chop passport bila sampai di bandung kena bayar 200ribu, masa nak keluar semalam kenabayar 500ribu . Kenapa semasa diairport Malaysia tak ada siapapun yang minta uang........

hahaha.....aku tiada jawapan pasti untuk itu, aku cuma jawab " klau ada yg minta uang disini, insyaallah kerjanya melayang "....

Ceritanya lagi kehidupan diIndonesia amat perit, bahan asas semuanya mahal.....bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia.


Dan ini ole ole dari Indonesia untuk aku......ibu tercinta kannnn...:))))

 Ukelele 2 biji...............tersangat murah harganya disana.

Terimakasihhhhhhh



psst:  cerita ni ringkas ,. tak larat nak taip......;))

Kesimpulan: pembantu rumah diluar sana, tak perlulah pulang bercuti buat sementara ini.





I love you

Kesiannya blog aku, berhabuk bersawang. Bukan takde perkembangan terbaru tapi macam malas nak tulis ( bila masa aku rajin update blog )

Aku rasa mcm nak buat blog baru je, tapi berkenaan dengan hobi aku je. Boleh gak share tips dengan kawan kawan sehobi.

Apapun aku nak letak 2 gambar kawan kawan yang aku sayang. Yang takde dalam gambar pun aku sayang juga, lain kali kita ambik gambar sesama ye.



Ni kawan kawan DRA aku. Dah dekat 7 tahun kita orang kawan. Selalu je jumpa jumpa.
Takpayah tanya apa maksud DRA ye....

Ni lak kawan kawan GMJ . Semua share hobi yang sama, kepala pun hampir sama. Motto kami " we sew , we share , we care " .


Aku bukan nak cakap pasal kawan kawan aku, aku cuma nak bagitahu " i Love all of you "...





Senyum ...:)))



cuba tengok siapa yang paling cantik......



Senyum...senyum...senyum.....tak rugikan kalau senyum sebab percuma saja. Syukur kita kehadrat Illahi kerana kita masih mampu tersenyum, bayangkan otot-otot muka kita ni keras dan tak mampu nak ekspresskan senyum atau ketawa....sanggup?

Tahukan kita bahawa dengan tersenyum kita sebenarnya mencegah penyakit dalam diri.
Abu Darda pernah berkata " Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku. Rasulullah saw sendiri, sesekali tertawa hingga menampakkan gerahamnya".
Dan tahukah kita bahawa Rasulullah saw adalah orang yang paling banyak senyum.

Jadi bilalagi kita nak mulakan untuk sentiasa senyum, dan tidak melepaskan nikmat yang Allah bagi ini. Ingat ye, Allah tidak mencipta sesuatu sia sia....Banyak keistimewaan dalam senyum, salah satunya awet muda....;))

Senyum ni sebenarnya tak boleh dipaksa paksa atau dibuat buat. Senyuman yang bermakna, suci, ikhlas dan jujur hanya mampu diukir tatkala hati sedang gembira. Senyuman yang paling tulus akan berakhir selama 7 minit, lebih dari itu ianya hanya lakunan ....kalau tak percaya cuba senyum ketika nak bergambar, sekali jurukamera silap , kita dah payah nak senyum ikhlas...kenalah senyum plastik: saycheeseeeeeee maka kitapun tersengih...:))

Walaupun dari segi saintifik, lebih banyak otot digunakan semasa tersenyum daripada ketika masam, tapi jangan risau , kerana penggunaan otot otot muka ketika senyum amat baik untuk awet muda.....siapa nak kelihatan tua, jangan senyum...
Ketika senyum kita akan keluarkan sejenis hormon endorfin atau dipanggil sebagai hormon "feel good factor". Bila hormon ini banyak dalam tubuh kita, kita akan rasagembira dan ceria. Secara tak langsung ianya akan meningkatkan keupayaan saraf neuron berfungsi. Masa ini kalau belajar kita akan cepat dapat dan kita akan rela melakukan sesuatu pekerjaan berbanding melakukannya dengan muka masam.
Sebab itu orang yang senyum gembira, tinggi produktiviti dan kreativiti.

Aagym Nastiar berpendapat untuk melahirkan sifat tawadduk seseorang perlu mengamalkan 5'S iaitu Senyum, Salam, Sapa , Sopan dan Santun. Jika kita tidak kenal orang, kita hanya perlu senyum dan disitu sudah terbina komukasi untuk menjadi lebih kenal dan lebih erat.
Petua ini sangat bagus untuk mereka yang terlalu sukar memulakan perkenalan atau persahabatan mahupun untuk mereka yang terlalu pemalu.

Senyum membawa seribu makna tanpa perlu berkata-kata.



Jadi mula saat ni................JOM SENYUM SENYUM SENYUM............insyaallah orang senyum akan disayangi Allah, bila Allah sayang, makhluk juga akan sayang

wallahualam.

Azam 2012





Assalamualaikum ........


Lamamnya tak update blog ni, takde mood, malas, takde idea......jadi mana cerita yang dah basi , kisah kisah 2011 takperlulah lagi nak ceritakan.

Sekarang dah masuk 2012, dah 10hb januari pun....mari kita tanya diri sendiri,apakah dalam 10hari ni azam kita dah terlaksana, kalau belum teruskan istiqomah.

Bagiku, azam dibuat sikit sikit, satu persatu...dah siap satu baru boleh buat azam lagi. Lepas tu azam mesti perbuatan bukan satu perkataan umum. Contoh? Azam umum nak jadi orang yang lebih baik dari semalam, tapi apa itu lebih baik dari semalam. Jadi mulai 2012 saya buat azam kecil kecil, umpama tunaikan solat duha setiap hari secara istiqomah. Insyaallah kalau dah jadi satu amalan, kita susah nak tinggalkannya. Dan ianya terkandung dalam azam nak jadi lebih baik, cuma azam nak jadi lebih baik tak dapat digambarkan. Bila otak tak boleh gambarkan, perbuatan tidak boleh diterjemahkan.....wallahualam