Kek,...Kek.....Kek..........keK....keK.. keK

ni karrot kek, lupa dah bila buatnya, bulab lepas rasanya ...kejap aje licinnnn

ni muffin coklat chip ......dah lama buat ni

ni brownies marble coklat cheese...................huhh sedap, resepi izan, thanks alot
lepas ni tak yah sibuk nak beli brownies kartika sari lagi
buat ni 2 minggu lepasselamat hari ibu.............actually buat kek ni sabtu lepas, kek butter flour method tasya ajar....buat bunga ros tu pun tasya ajar....baik sungguh kawan-kawan ku........
kek ni potong ngan mama, ely dan ruby, gambar tgh potong kek takde.....
jeng-jeng..............ni kek colkat moist...........resepi mat gebu topping coklat ganache
lepas tu letak edible BEN10, patut buat cup cake tapi kemalasan melanda
buat pagi tadi ni.............semangat berkobar cam biasa, subuh-subuh hari org lain tidur kita sibuk dgn kek.....


selamat makan kek...................

Kesan akibat marah

meh kita renung-renungkan...................

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata: "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

-bukan karya sendiri tapi ceduk kat wmc

Akmal OH Akmal ... semua org dah penatlah

Assalamualaikum

Adeih, lama betul ibuputera tak update blog ni...........yg update pun tergantung tak habis

NI nak cerita pasal sikecik cilik , Muhammad Akmal namanya . Umur baru 30 bulan, ligatnya ya ampunnnnnn , hari-hari ada saja yg dia buat , buat semua org senak kepala memikirkannya

Kalau 2 minggu lepas dia buat " dish cocktail "........masa bibik kat tingkat atas kemas rumah, dia takmo ikut naik, nak main katanya . RUpanya dia masuk dapur ambik semua bekas makanan yg nak dipanaskan, bawa masuk bilik bibik, dan cocktail kan dalam kuali dia........huhu bersepah, berminyak semua..........kesian bibik kena masak makanan lain.
OKlah, tapi kisahnya tidak habis di situ

MInggu lepas dia buat lagi ...................hati ni berdetak kuat mengatakan ada perkara tak kena bila jumpa botol bedak kat porch, mesti dia buang dari bilik ibuputera kat atas tu.....dan berbedar bila ambik botol bedak tu isinya kosong ..
Mak aiii, tekaan ku benar belaka....................

jeng-jeng

kesan tapak kaki hantu .............huhu dari master bedroom sampailah kebilik Afif dan amerul, sampai ke study room ayahnya, sampai ke komputer keyboard ayahnya .
Adeih penatnya mengemop, 3 hari baru siap habis kesan bedak.........

Baru aje habis penat mengemop bedak..............semalam balik kerja
adeih
ketboard angah pulak dikerjakannya , ntah mana dia dapat watercolor tu,...........
menangis angah....

Dan hari ni aku pulak yang rasa nak menangis..................dia dah tabur simen putih serata ruang bawah.............dengan dia sekali mandi simen....tapi takde gambar .
habis TV LCD baru ayah dia dia tabur simen tu..........
Mak aii, penatnya .....tadi dah mop 3 kali, tapi masih tak habis
esok kena buat lagi....

Dan hati ni rasa berdebar pulak, esok apa lagi Akmal akan buat

Akmal anak mak, janganlah noti sangat .................................huhuhu