Lama tak jengah blog ni, trip gi Jakarta ngan anak-anak dan suami pun belum update lagi .
Tapi nak cerita pasal Akmal dulu
Balik dari jakarta minggu lepas dia kena cirit birit dan muntah, actually dia kena hari terakhir kat sana. Mula-mula dia muntah kat dalam kedai kat Indonesia Trade Centre, teus tebantu dan shopping hari terakhir . Tak perasan pulak apa sebabnya, mungkin dia letih sgt atau termakan apa-apa.
Kali ke 2 dia muntah masa kat airport time nak check-in passport....bertabur muntah dia, sib baik ada plastik, sempat gak tadah kalau tidak lagilah byk. Nasib baik dalam kapalterbang dia tak muntah . Kali ke 3 dia muntah kat KLIApulak masa nak check-out....
Balik rumah baru dia start cirit birit, mmg budak baik pandai cari time nak sakit.
Dia kena semua ni hari isnin 23/3/2009
Sabtu lepas 28/3/2009, tetiba ayahnya call akmal kena masuk wad...alahai , kalau gi SMC mesti admit sbb Datuk Dr Zul nampak Akmal cam cengkung , jadi spendlah satu malam kat hospital . Masa kat hospital Akmal OK aje , makan cam biasa, cuma cirit-cirit tu adalah juga tapi tak sekerap masa 2 hari pertama dia kena .....jadi Ahad tu masa Datuk buat round, minta baliklah, kesian akmal cam bosan duduk hospital, mak dia pun bosan gaksss
Akmal tengah makan malam dgn sedap dan seleranya
breakfast pulak , tapi mata dia mmg cengkung sket
sedapnya dia tidur , nyenyak aje.....
Dah balik rumah pun dia makan dengan selera dan tidur dengan nyenyak , cuma time nak basuh yak dia tu dia jeirt sikit sbb ayah dia silap beli diaper jadi kulit dia merah , pedihlah tu....
Hopefully sehari dua ni Oklah dia sepenuhnya....aminnn
Yeeeaaayyyy Dah kembali ke pangkal jalan...
7 years ago