AFIF BERSUNAT 27/11/2008

Hari ni nak cerita pasal Afif bersunat hari Khamis lepas..........lambat sket cerita ni keudara sbb blog nipun baru buat hari Khamis tu juga, tapi takleh nak tulis apa-apa sbb cam jakun lagi...

Afif dah seminggu sibuk cakap dia tak sabar nak bersunat . Pelik sungguh budak ni, entah dia faham ke tidak bersunat tu macamana, sbb budak lain sebaya dia kebanyakan takut kalau dengar perkataan bersunat ni.
Pagi khamis 27/11/2008 tu, dia pergi ke Selangor Medical Centre untuk appointment, sebab dia ni ParaPhimosis, jadi kena bersunat under GA gitu...kena pengsanlah.
Seronok sungguh dia bila Dato" Dr Shahruddin , surgeon cum pengarah kat SMC tu kata dialeh sunat kul 3 pm.
Aku lak kerja kan, jadi ayah dialah temankan dia kat hospital, aku cuma sampai sana dalam pukul 2.30pm, dia dah masuk kat OT masa tu, tapi sempat gak jumpa dia kejap, cium dia, tengok dia senyum aje tapi ada cam nervers aje kat raut muka dia....buat kelako pun dia cam susah nak gelak...pesan kat dia suruh baca Bismillah dan Fatihah.
Lepas tandatangan kebenaran anestetic, ayah dia masuk kedalam bilik bedah dengan dia untuk temankan dia masa pemberian bius...biarlah ayah dia pulak ambik pengalaman tu, aku dah buat masa Akmal bersunat dulu.
Kiranya Afif ni putera ku yang terakhir sekali bersunat....ha ha Akmal langkah bendul.
Dalam pukul 4 macam tu, baru dia keluar OT...dia Ok aje, leh senyum lagi.

Wah, ayah dia check-in kan dia bilik VVIP no 520 . Bukan main lagi untungnya orang bersunat...insaf kejap sbb ramai lagi budak-budak lain bersunat tak merasa layanan first class gini . Kat bilik Afif asyik komplen lapar aje...maklumlah tak makan sejak pagi. Akhirnya dia dapat 4 ketul sandwich , habis dia makan, lepas tu komplen tak cukup , nak nasi pulak....jenuhlah pujuk sebab masa tu baru pukul 5, nasi dihantar pukul 6...iskhhhh takkanlah tak kenyang makan 4 ketul sandwich tu.

Ayah dia tadinya balik rumah, dekat pukul 6 dia sampai, akupun baliklah, sebab hari tu tak masak, kena beli lauk untuk dinner putera-putera kat rumah pulak, lepas tu malam nak masuk kerja balik.

Malam, ayah dia lah jaga dia kat hospital, sebab aku jaga Akmal kat rumah. Akmal susah nak tidur kalau takde aku....

Ada sikit gambar afif kat hospital

ni masa dia kat ruang menunggu bilik bedah, belum buat lagi masa ni, tengah puzzle aje muka dia
ni, dah masuk bilik selepas di'sunat' kan...muka tengah lapor

ayah dia dah datang, bawa kerepek kentang...a ha lepas sunat makan benda-benda tu, ohh bukan salahku
sedap sangatlah makan tu....................

Bitter-Sweet

Alhamdulillah.................thanks a lot to tasya for for spending her precious time to create this blog. Kalau nak harap diri sendiri, he he as usual kena tunggu 3 more years....trademark ni.




sabar ekk..........under construction lagi ni