Hari ibu datang lagi

                                                               SELAMAT HARI IBU

                     Aku,  ayah ,  mama dan adik adik serta kakak ipar yang semuanya bergelar IBU


Hari ni 8-5-2011 , Ahad minggu pertama bagi bulan Mei, dan hari ini adalah HARI IBU.
Aku sebenarnya tak tahupun sejarah hari ibu, lagipun ada banyak versi, cuma bagi aku sesuatu yang baik tidak salah untuk disambut slagi niat kita tidak terpesong.

Memang benar kata setengah orang, tidakperlu hari istimewa sebab hari hari adalah hari ibu, tapi aku rasa tak salah memilih satu hari kerana tak mungkin ada anak-anak yang mampu merayakan hari ibu tiap tiap hari. Anak orang lain aku tak tahu tapi begitulah anak-anak aku..hehe, aku tak marah pun.

Bila ada 1 hari yang istimewa, dan disambut oleh semua anak-anak buat menghargai ibu tercinta dengan cara masing masing, secara tak langsung anak-anak yang telah lama lupakan ibu tetiba aje boleh teringat dan teringin nak menghargai ibu mereka, mudah mudahan...

Buat ibu aku, Hajjah Mimi Asiah binti Abdullah, aku sangat sayangkan mama. Tak mampu nak ucapkan dengan kata kata dan perkataan tapi disudut hati aku yang paling dalam , kasih sayang tu makin bertambah dan tak pernah susut.
Tiap tiap kali lepas solat, aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat ibu dan bapa aku.

Begitu juga dengan ibu mertuaku Hajjah Fatimah binti Osman. Ku anggap sama saja seperti ibuku sendiri.

Buat anak-anak aku, sebagai seorang ibu , emak sangat sayangkan kamu semua. Sejak dalam kandungan sampai kamu semua besar, emak jaga dan belai ( tapi dengan pertolongan bibiklah ).
Kalau emak marah bukan sebab emak benci kamu tapi sebab emak sayang.Kalau emak ganggu tidur kamu semua , suruh bangun solat subuh bukan sebab emak marah kamu tidur, tapi sebab emak sayang. Orang Islam kalau nak masuk syurga kenalah solat.
Emak tegur bila kamu bersikap biadap , emak pukul bila kamu melampau batas , pun bukan sebab emak benci tapi semuanya kerana sayang.
Tak adalah seorang ibu yang waras tak sayangkan anak, semua ibu sayangkan anak. Walaupun kekadang kamu mungkin fikir emak tak ambil berat , takambil pusing dengan aduan dan kehendak kamu , sebenarnya emak peduli tapi emak tak boleh manjakan kamu semua secara berlebihan, tunaikan apa saja kehendak kamu tapi sebab emak nak kamu semua belajar tentang kehidupan. Kita takkan dapat apa yang kita mahu tanpa usaha.

Tapi ada masanya emak berlembut juga kan....dan disaat itu kamu senyummm memanjang .

Walaupun ada waktu emak marah, ada waktu emak menjerit macam tarzan sampai serak suara, ada waktu pulak emak membebel mengalah radio ERA tapi yang paling pasti emak tak pernah lupa doakan untuk kamu semua supaya kamu semua menjadi anak yang soleh , anak yang bakal menyelamatkan agama dan keluarga dan anak yang tak pernah lupa tuntutan agama.

Kalau ada sesuatu yang boleh emak minta dari kamu semua, hanyalah sedekah al-fatihah setiap kali selepas solat 5 waktu kamu untuk emak dan ayah terutama kalau nanti emak dan ayah sudah tiada dibumi ini...mudah mudahan teranglah kubur emak dan ayah nanti..aminn

Dan emak nak ucapkan terimakasih pada anak-anak emak yang baik baik dan kacak kacak ni sebab sudi kasi emak hadiah dan kad


                                                                    hehe Pink tu...........
                                                   Brooch yang cantik . Boleh pakai raya nanti.

Dan buat adik adik aku serta kakak ipar ku...selamat hari ibu juga .

Intai ...handbag organizer ??

Tadi pagi kemas kemas handbag, teringat pulak nak snap gambar....jadi hari ni kita cerita pasal organizer kesayangan aku ni...

Ni namanya Handbag organizer....;)) , murah aje harga nya tapi sangat berguna . Organizer ni bukan aku yang beli, tapi adik aku Ely yang bagi ....mulanya aku kirim tapi dia kasi free pulak...haaa baguskan, lainkali boleh kirim lagi. Tapi kalau sesiapa nak beli, bolehlah beli kat Guardian . Ada banyak warna, tapi aku suka warna oren sebab warnanya terang dan berani. Aku kan berani...ngeh ngeh ngeh....

Tengok cantik ajekan tersusun barang barang aku dalam organizer ni. Gula gula limau pun ada.....tu kudapan masa boring boring .
Lagipun guna benda ni senang lah untuk aku yang suka tukar tukar handbag ni......keluarkan dan masukkan, takyah risau ada barang tertinggal, walaupun kekadang tertinggal juga....


Tengok ...cantik sajakan tersusun dalam handbag aku . Lagipun senang , sebab bila nak cari barang raba saja , maklumlah susunatur tu sama saja ,jadi boleh ingatlah kat mana ku selit .
Ni pulak purse aku, penuh dengan kertas kertas yang ntah apa-apa....kekdg bila nakbeli barang baru perasan, kertas semua isinya, duit takdepun.....nasib baik kebanyakkan kedai boleh guna Debit kad.

Lepas ni bolehlah masing masing pakat tayang handbag organizer pulak.....

Pen Al-Quran idaman ku

Beberapa minggu lepas , aku duk survey tanya pendapat orang pasal pen al-quran. Pen ni unik sangat sebab bila kita tunjuk kat quran ( yang disertakanlah ) dia akan dengarkan bacaan, lepas tu boleh pilih bacaan Imam yang best best macam Abdul Rahman Assudais.
Boleh juga kalau nak dengar terjemahan.

Lebih kurang sajakan macam baca kat komputer, cuma komputer ni taklehlah nak bawa kemana-mana , itu saja kelebihannya.

Agaknya Allah mendengar kehendak aku, maka 2 malam lepas ada jiran sebelah rumah datang, ehh...dia promo pen al-quranlah

Maka dengan senang hati Hubbybi pun belilah satu set.....................sukerrr
Alhamdulillah, syukran
Semoga lepas ni , bolehlah aku dan anak-anak betulkan bacaan dengan lebih baik lagi...Insyaallah

Apapun ber"GURU" itu kenalah juga terutama bila sampai bab tajwid dan sanad.