Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Hari ibu datang lagi

                                                               SELAMAT HARI IBU

                     Aku,  ayah ,  mama dan adik adik serta kakak ipar yang semuanya bergelar IBU


Hari ni 8-5-2011 , Ahad minggu pertama bagi bulan Mei, dan hari ini adalah HARI IBU.
Aku sebenarnya tak tahupun sejarah hari ibu, lagipun ada banyak versi, cuma bagi aku sesuatu yang baik tidak salah untuk disambut slagi niat kita tidak terpesong.

Memang benar kata setengah orang, tidakperlu hari istimewa sebab hari hari adalah hari ibu, tapi aku rasa tak salah memilih satu hari kerana tak mungkin ada anak-anak yang mampu merayakan hari ibu tiap tiap hari. Anak orang lain aku tak tahu tapi begitulah anak-anak aku..hehe, aku tak marah pun.

Bila ada 1 hari yang istimewa, dan disambut oleh semua anak-anak buat menghargai ibu tercinta dengan cara masing masing, secara tak langsung anak-anak yang telah lama lupakan ibu tetiba aje boleh teringat dan teringin nak menghargai ibu mereka, mudah mudahan...

Buat ibu aku, Hajjah Mimi Asiah binti Abdullah, aku sangat sayangkan mama. Tak mampu nak ucapkan dengan kata kata dan perkataan tapi disudut hati aku yang paling dalam , kasih sayang tu makin bertambah dan tak pernah susut.
Tiap tiap kali lepas solat, aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat ibu dan bapa aku.

Begitu juga dengan ibu mertuaku Hajjah Fatimah binti Osman. Ku anggap sama saja seperti ibuku sendiri.

Buat anak-anak aku, sebagai seorang ibu , emak sangat sayangkan kamu semua. Sejak dalam kandungan sampai kamu semua besar, emak jaga dan belai ( tapi dengan pertolongan bibiklah ).
Kalau emak marah bukan sebab emak benci kamu tapi sebab emak sayang.Kalau emak ganggu tidur kamu semua , suruh bangun solat subuh bukan sebab emak marah kamu tidur, tapi sebab emak sayang. Orang Islam kalau nak masuk syurga kenalah solat.
Emak tegur bila kamu bersikap biadap , emak pukul bila kamu melampau batas , pun bukan sebab emak benci tapi semuanya kerana sayang.
Tak adalah seorang ibu yang waras tak sayangkan anak, semua ibu sayangkan anak. Walaupun kekadang kamu mungkin fikir emak tak ambil berat , takambil pusing dengan aduan dan kehendak kamu , sebenarnya emak peduli tapi emak tak boleh manjakan kamu semua secara berlebihan, tunaikan apa saja kehendak kamu tapi sebab emak nak kamu semua belajar tentang kehidupan. Kita takkan dapat apa yang kita mahu tanpa usaha.

Tapi ada masanya emak berlembut juga kan....dan disaat itu kamu senyummm memanjang .

Walaupun ada waktu emak marah, ada waktu emak menjerit macam tarzan sampai serak suara, ada waktu pulak emak membebel mengalah radio ERA tapi yang paling pasti emak tak pernah lupa doakan untuk kamu semua supaya kamu semua menjadi anak yang soleh , anak yang bakal menyelamatkan agama dan keluarga dan anak yang tak pernah lupa tuntutan agama.

Kalau ada sesuatu yang boleh emak minta dari kamu semua, hanyalah sedekah al-fatihah setiap kali selepas solat 5 waktu kamu untuk emak dan ayah terutama kalau nanti emak dan ayah sudah tiada dibumi ini...mudah mudahan teranglah kubur emak dan ayah nanti..aminn

Dan emak nak ucapkan terimakasih pada anak-anak emak yang baik baik dan kacak kacak ni sebab sudi kasi emak hadiah dan kad


                                                                    hehe Pink tu...........
                                                   Brooch yang cantik . Boleh pakai raya nanti.

Dan buat adik adik aku serta kakak ipar ku...selamat hari ibu juga .

harijadiku

salam semua

lama betul ibuputera tak update blog ni . Takde byk cerita nak dikongsi

14-feb dah berlalu 2 hari lepas..........itulah tarikh lahir ibuputera , tapi baru 14 tahun ..........he he 41 lah. Cepatnya masa berlalu , kita yg ketinggalan atau masa tu terlalu pantas, entahlah .
Tapi ruginya hidup kalau kita tak isi dgn kegiatan bermanafaat.

Disini ibuputera nak ucapkan terima kasih kepada semua yg wish.........pepagi dah terima sms lepas tu byk jugalah sms wish diterima sepjg hari, agaknya sbb tarikh tu senang nak ingat , maklumlah bersamaan dgn Valentines Day ..........tapi takdelah ibuputera merayakannya , bukan budaya islam kan.......malah ada pendapat mengatakan haram . jadi takyahlah nak celebrate.....

Dan disini nak rakamkan jutaan terima kasih pada semua yg dah bagi mcm-mcm hadiah........ingatkan dah tua-tua ni ( he he tua ke ? ) takdelah yg nak bagi hadiah.........terima kasihlah buat rakan -rakan yg ingat ..............

ni nak letak gambar hadiah-hadiah tu



actually kad ni bukan dari kawan-kawan tapi dari suami tercinta dan putera berlima ..............

Buat suami tercinta...........terimakasih , walaupun cam biasa takde hadiah tapi kadpun sudah mencukupi, janji ingat.........

Buat putera-putera berlima ............. kalau korang sayang mak , jagalah tingkahlaku , jagalah agama , jagalah adap dan akhlak
takpernah putus mak doakan utk korang lepas solat , camni tau bunyi doanya ... 5kali sehari semalam , mesti ada doa ni

" Ya Allah , peliharalah putera-puteraku , redhailah mereka, lindungilah mereka. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh, berilmu dan beramal. Jadikanlah mereka anak-anak yang bakal menyelamatkan agama, bangsa dan negara . Pandulah aku untuk mendidik mereka menjadi anak Islam yang soleh. Berikanlah mereka kejayaan dan kemudahan didunia dan akhirat". Aminn


Ni pulak hadiah dari Ruby, adik bongsu ibuputera

terima kasih byk-byk..........tudung merah tu dah pakai masa Htea semalam , kebetulan tema merah hitam .
Baju tu belum pakai, tapi cantik........mesi beli kat jepun kan ?


Terimakasih daun keladi, tahun depan kasilah lagi....he he


byk lagi nak tepek ni, hadiah dr kawan-kawan, jap lagilah ye

tanah runtuh lagi

Innalillahiwainnailahirrajiun...

hari ni Malaysia dikejutkan lagi dengan kejadian tanah runtuh, aduhai ini kejadian ke3 untuk minggu ni.
kejadian pertama 3 hari lepas, rumah jurutera Airasia kat hulu Yam runtuh akibat landslide , meninggal anak dia 2 orang....udahlah rumah dia jauh dari rumah orang, jiran terdekat 2km away, tak boleh nak bayangkan perasaan dia

Pagi semalam landslide lagi kat carpark kat damansara, ranaplah bbrp buah kereta cuma takde nyawa yang terkorban, alhamdullillah

Alih-alih pagi tadi jam 4 am, tanah rntuh lagi kat Bukit antarabangsa, 14 buah banglo ranap, bbrp nyawa terkorban, tercedera ..hubungan kejalan utama terputus....

ni sikit gambar kejadian semalam.

Tu belum lagi dgn cerita banjir kat kelantan terengganu sana......
Banyaknya bencana alam sekarang ni ....

Al-fatihah buat yang kembali kerahmatullah, semoga ditempatkan dikalangan org yg soleh
dan semoga yang masih tinggal sabar menghadapi segala dugaan....aminnnn