Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

8/12/2010 Ribut Salji diParis








Keluar aje museum , terus naik metro, dari dalam metro baru perasan Paris diselimuti salji tebal, kenderaan takleh gerak , bbrp kemalangan berlaku ...risau aje kat hati, camne nak balik hotel.
Alhamdulillah, masa keluar metro , jalan kehotel telah disodok jadi salji dah tak tebal atas jalan, bolehlah menapak balik



berita ni ceduk dari Utusan Malaysia Online
kiranya merasa gak menjadi part of the witness utk kejadian alam selepas lebih 50tahun ni...hehe

ARKIB : 10/12/2010

Paris diselimuti salji


SEORANG penduduk tempatan melihat sendiri bangunan gereja besar Notre Dame yang dilitupi salji tebal di Paris, kelmarin. - AP


PARIS 9 Dis. - Ribut salji terbesar dalam tempoh hampir suku abad memaksa Menara Eiffel dan beberapa lapangan terbang di Paris ditutup buat sementara waktu semalam.

Keadaan luar biasa yang berlaku tengah hari semalam itu melumpuhkan rangkaian bas, menjejaskan aliran trafik di jalan dan lebuh raya malah turut mengganggu rangkaian kereta api bawah tanah.

Sesetengah penduduk gembira melihat taman-taman di ibu negara dan Parlimen dilitupi salji selepas agensi ramalan cuaca, Meteo France menyatakan ini adalah salji terburuk sejak 1987.

"Ini menakjubkan, saya tidak terfikir salji begitu banyak di Paris yang membuatkan taman di sini menjadi cantik," kata seorang ahli Parlimen, Didier Mathus yang teruja dengan pemandangan di ibu negara Perancis ini.

Pihak berkuasa penerbangan, Aeroports de Paris (AdP), syarikat penerbangan diminta mengurangkan penerbangan manakala lapangan terbang Charles de Gaulle terpaksa ditutup sementara dan lapangan terbang Orly turut menutup dua landasannya. - REUTERS

7/12/2010 - 9/12/2010 PARIS


christmas gift shop...tak beli pun

Akmal dah letih .....
kat luar musee , bergambar kekdahnya
apa ye istimewanya gambar ini..................apapun collection 2004 aku lagi cantik sbb aku dpt ambik gambar dari jarak dekat
Gambar gambar lain , kita buh kat topik lainlah ye
entrance ticket, mahal gak ...... yg masuk cuma Ariff, Ashraff , Amerul, Itah dan Atuk ...yg lain semua tunggu luar cuci mata
Foyer luar musee de luvre, 6 tahun dulu takde foyer dan shoppinh compleks kat sini, togel aje
Dalam Metro menuju ke Musee de Luvre , aku tak minat pun nak masuk sbb dulu dah pernah masuk sekali, takde apa yg menarik perhatian aku.....sebab byk patung patung aje.

buah delima kegemaran Afif.....murah aje


8/12/2010
Dah pagi, beli sarapan dulu kat kedai roti belakang hotel, also muslim owner .
kat keliling kedai ada byk gerai buah, seronok bertegur sapa dgn penjual kat sini, peramah sbb mereka bukan org perancis tapi most of them algerian , kalau org perancis, mmg antikan bila kita tak tahu berbahasa mereka....

Bonjour......tu ajelah yang aku tahu
Gerai buah tepi hotel

sementara aku tidur, suami dan anak-anak keluar jalan-jalan cari makan kat tepi hotel
akhirnya ambik keptusan balik tidur sebelum salji bertambah lebat, risau kut budak kecik ni demam pulak , lagipun perjalanan masih jauh.
Sudahnya aku tertidur dari jam 3pm sampai 10mlm ....bangun makan nasi , solat maghrib/isyak dan tidur balik sampai subuh,.,,,

Best aje duduk kat bilik, suam suam gitu........tetiba terfikir betapa bersyukurnya kita jadi rakyat malaysia, takde perubahan cuaca ketara camni




termenung jap memikirkan nak teruskan ke eiffeltower atau tidak, kaki dah sejuk ni


amerul dan afif dah nak mula perang salji, masa ni salji baru sikit cam seronok sakan, almaklum pertama kali dalam sejarah hidup dapat merasa salji.....jakun sketlah







kusangka cerah sampai ke petang, rupanya salji ditengahari.....;))
mula-mula masa keluar hotel cuaca cerah ...