tanah runtuh lagi

Innalillahiwainnailahirrajiun...

hari ni Malaysia dikejutkan lagi dengan kejadian tanah runtuh, aduhai ini kejadian ke3 untuk minggu ni.
kejadian pertama 3 hari lepas, rumah jurutera Airasia kat hulu Yam runtuh akibat landslide , meninggal anak dia 2 orang....udahlah rumah dia jauh dari rumah orang, jiran terdekat 2km away, tak boleh nak bayangkan perasaan dia

Pagi semalam landslide lagi kat carpark kat damansara, ranaplah bbrp buah kereta cuma takde nyawa yang terkorban, alhamdullillah

Alih-alih pagi tadi jam 4 am, tanah rntuh lagi kat Bukit antarabangsa, 14 buah banglo ranap, bbrp nyawa terkorban, tercedera ..hubungan kejalan utama terputus....

ni sikit gambar kejadian semalam.

Tu belum lagi dgn cerita banjir kat kelantan terengganu sana......
Banyaknya bencana alam sekarang ni ....

Al-fatihah buat yang kembali kerahmatullah, semoga ditempatkan dikalangan org yg soleh
dan semoga yang masih tinggal sabar menghadapi segala dugaan....aminnnn

Guess what ???? cup cake ??



taaaraaaaaaaaaaaaaaa
ha ha one step ahead .......tired of sewing, now I'm baking and decorating

semalam ibuputera beria buat kek, tapi malas nak sukat, jadi beli aje ready mixture..orange poppy seed cake mixture...mudah aje kerja org sekrg....budak kecikpun boleh buat.

so, this morning, berialah membancuh buttercream
sapa yang lum pandai buat buttercream, ni dia resepinya

BUttercream
250gm butter
200gm krimwell
250gm sugar syrup ( thick syrup made from 250gm sugar+water at sugar level)
-keep a nite in a fridge

mixt everything until puffy and white
now you can play with color

since ibuputera only has 3 type of nozzle, not much design can be done
jadilah, apa yg ada ni....
dapat 25 biji ..........leh lah bawa balik TI petang ni....


close-up sikit....design orang lidi....tak reti lerr nak lukis ....hehe he.....

Bajuku Dah Siap

Semalam ibu putera rasa suka sangat sebab baju kurung pahang yang dijahit sendiri dah siap , ni cubaan kali kedua jahit baju kurung jenis ni, lepas tu nak eksen sikit, guna kain chiffon beli kat euro moda hari tu, rupanya jenuh juga nak jahit bubuh lining segala...........tapi alhamdullilah berjaya juga .




nilah gambar baju-baju tu

bolehlah kut pakai raya haji nanti.



Ok, nak cerita pasal Afif pulak.......dia dah Ok, semalam dah siap pakai seluar jeans, siap main badminton dah . Lepas tu selama ni takut sgt nak mandi , takut pedihlah, takut sakitlah....semalam offer dia mandi kat jacuzzi.....hilang semua sakit pedih, bukan main seronok lak dia....
Pagi tadi dia masih tidur, nak tergelak pulak, dia tidur pakai seluar tidur tapi seluarnya duk paras peha,.. ..ha ah aha ...






Apa ada di dapur

Apa ada didapur pagi tadi....


aa cekodok bawang dan bilis dan puding roti pisang





ni portion sarapan pagi tadi......tapi sarapan sorang-sorang sambil baca paper, sebab anak-anak semua belum bangun.

Tengahari tadi balik rumah, masak pulak untuk malam
Ni ha ...hati goreng berempah....jenuh minta resepi kat DRA....akhirnya Eida yg tepek, resepi kak hanieliza...silalahh
Ni pulak ayam goreng berlado....cam sedap pulak tengok chef Ismail dan Sheila Rusly masak ni kat TV pagi tadi...takleh jadi , kena buat gak

ada lagi sup ayam sebenarnya, tapi lupa lak nak snap gambar....sup tu untuk akmal.

Hari ni sibuk dgn pelbagai urusan peribadi, jadi cam letih sket...

Esoklah pulak

AFIF BERSUNAT 27/11/2008

Hari ni nak cerita pasal Afif bersunat hari Khamis lepas..........lambat sket cerita ni keudara sbb blog nipun baru buat hari Khamis tu juga, tapi takleh nak tulis apa-apa sbb cam jakun lagi...

Afif dah seminggu sibuk cakap dia tak sabar nak bersunat . Pelik sungguh budak ni, entah dia faham ke tidak bersunat tu macamana, sbb budak lain sebaya dia kebanyakan takut kalau dengar perkataan bersunat ni.
Pagi khamis 27/11/2008 tu, dia pergi ke Selangor Medical Centre untuk appointment, sebab dia ni ParaPhimosis, jadi kena bersunat under GA gitu...kena pengsanlah.
Seronok sungguh dia bila Dato" Dr Shahruddin , surgeon cum pengarah kat SMC tu kata dialeh sunat kul 3 pm.
Aku lak kerja kan, jadi ayah dialah temankan dia kat hospital, aku cuma sampai sana dalam pukul 2.30pm, dia dah masuk kat OT masa tu, tapi sempat gak jumpa dia kejap, cium dia, tengok dia senyum aje tapi ada cam nervers aje kat raut muka dia....buat kelako pun dia cam susah nak gelak...pesan kat dia suruh baca Bismillah dan Fatihah.
Lepas tandatangan kebenaran anestetic, ayah dia masuk kedalam bilik bedah dengan dia untuk temankan dia masa pemberian bius...biarlah ayah dia pulak ambik pengalaman tu, aku dah buat masa Akmal bersunat dulu.
Kiranya Afif ni putera ku yang terakhir sekali bersunat....ha ha Akmal langkah bendul.
Dalam pukul 4 macam tu, baru dia keluar OT...dia Ok aje, leh senyum lagi.

Wah, ayah dia check-in kan dia bilik VVIP no 520 . Bukan main lagi untungnya orang bersunat...insaf kejap sbb ramai lagi budak-budak lain bersunat tak merasa layanan first class gini . Kat bilik Afif asyik komplen lapar aje...maklumlah tak makan sejak pagi. Akhirnya dia dapat 4 ketul sandwich , habis dia makan, lepas tu komplen tak cukup , nak nasi pulak....jenuhlah pujuk sebab masa tu baru pukul 5, nasi dihantar pukul 6...iskhhhh takkanlah tak kenyang makan 4 ketul sandwich tu.

Ayah dia tadinya balik rumah, dekat pukul 6 dia sampai, akupun baliklah, sebab hari tu tak masak, kena beli lauk untuk dinner putera-putera kat rumah pulak, lepas tu malam nak masuk kerja balik.

Malam, ayah dia lah jaga dia kat hospital, sebab aku jaga Akmal kat rumah. Akmal susah nak tidur kalau takde aku....

Ada sikit gambar afif kat hospital

ni masa dia kat ruang menunggu bilik bedah, belum buat lagi masa ni, tengah puzzle aje muka dia
ni, dah masuk bilik selepas di'sunat' kan...muka tengah lapor

ayah dia dah datang, bawa kerepek kentang...a ha lepas sunat makan benda-benda tu, ohh bukan salahku
sedap sangatlah makan tu....................

Bitter-Sweet

Alhamdulillah.................thanks a lot to tasya for for spending her precious time to create this blog. Kalau nak harap diri sendiri, he he as usual kena tunggu 3 more years....trademark ni.




sabar ekk..........under construction lagi ni

kek karot

takde apalah nak tulis hari ni, cam biasa malas aje nak update blog

meh kita minum petang