11.Mukaramah ...
Nama sebenarnya Mukarammah ( sempena nama Mekah ), nama neneknya Munawarrah ( sah sah sempena nama Madinah kan) .
Maid ni aku ambikngan agen Pak Bakar , boleh tahanlah kosnya dalam RM3500. Alahai lemah gemalai orangnya, cakappun cam bisik biskk, muda lagi dalam usia 20tahun.Menurut biodata tak pernah kerja rumah luar dari kampung halaman. Lepas CSI baru terbuka cerita, pernah kerja jaga kedai pakcik kat Kalimantan selama hampair 2 tahun, tapi ntah macamana bergaduh dengan kawan sekerja sebab kononnya kawan sekerja rampas cowok dia…huhu.
Mula-mula kerja tu oklah, bolehlah buat kerja rumah walaupun tak sempurna, aku pun cam malas dah nak tegur tegur sangat , letih asyik bertukar maid ni. Lagipun bila dah ramai dan lama menggunakan khidmat pembantu rumah, sikap toleransi tu menjadi lebih tinggi. Taklah nak cerewet sangat. Dia ni ku panggil Imah. Cengeng gak orangnya....asyik sedih sedih gitu. Mungkin lakunan atau mungkin sebab baru sampai, wallahualam..Masa tumelihatkan kelemahan kelembutan dia, aku cuak juga, camne dia nak jaga baby ke 5 aku bila lahir nanti....takpelah, sikit sikitlah ajar.
Tapi lepas sebulan aku nampak dia dah ada handphone, again dapat dari pembantu rumah sebelah. ..marah sangat rasanya dengan maid org sebelah, tapi takkan nak gaduh lagipun mana ada bukti sahih.Aku pun redha ajelah . Takkan nak rampas pulak handphone tu walaupun aku boleh melakukannya. Aku cuma memantau sajalah dengan pertolongan anak-anak . Aku dapat juga lapuran yang Imah ni makin rapat dengan Marni pembantu jahat sebelah rumah ku itu. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah masuk bulan ke 3, Imah kerja dengan kami.........