Bibik Oh Bibik ..Part 5 ...Aduh Salehah Gadis Tsunami

  Bermula episode ngeri, seorang demi seorang melarikan diri...tension argggghhhh

8. Salehah ...


Budak aceh...penipu besar. Dia ni aku ambik kat Pusat latihan kat Medan, kebetulan aku gi sana jalan jalan, sambil menyelam, siap aku interview dia kat sana...pandainya menipu. Boleh dia claim tak pernah datang Malaysia sedangakan hakikat sebenar dia baru bbrp hari habis kontrak kat KL .
Aku ingat lagi aku jumpa dia petang 24/12/2004. Lepas aku interview dia , dia cakap petang tu dia nak balik Aceh nak jumpa mak ayah dan keluarga dia sebab dah 3 bulan dia berada dipenampungan ( Pusat latihan ) .

Tak kisahlah pasal tu, jadi aku pun pilihlah dia untuk kerja dengan aku.

Esoknya 25/12/2004  aku pun nak balik Shah Alam lah.  Masa kat Airport ada gempa bumi ...pertamakali pengalaman aku berdepan dengan gempa bumi yang begitu kuat. Semua bergoyang ..aku masa tu terbayang yang bumi akan terbelah dan telan aku hidup hidup...dan dan tu jugalah aku call mak ayah aku, anak-anak aku....huhuhu......emosi gak aku rupanya. Tapi masa kejadian aku tak tahu pun pasal Tsunami. Aku cuma tahu bila dah sampai KLIA, dalam Limo pemandu yang cerita.


Selang seminggu aku dapat berita yang Salehah pun kena Tsunami . Tapi dia hidup dan mampu ke Medan semula ( part ni aku sebenarnya musykil sket , sebab camne dia boleh ke Medan dalam keadaan huru hara camtu . Nanti aku cerita lagi di perenggan seterusnya.


BUlan Feb 2005 Salehah tiba dirumahku . Aku pun interviewlah dia pasal Tsunami . Nilah cerita dia ............

Bibik Oh Bibik Part 4 .. Murni paling lama


7. Murni......


Dia ni paling lama kerja dengan aku , dalam 5 tahun . Tak banyak kerenah orangnya , rajin , sopan dan baik dengan budak budak . 
Faktor utama kenapa dia kerja begitu lama, aku rasa sebab dia sayang sangat dengan anak ke-4 aku, AFIF . Maklumlah aku lahirkan AFIF selepas setahun dia kerja dengan aku, maknanya dia jaga AFIF selama 4 tahun. 
Dan waktu Murni kerja nilah aku paling banyak berjalan ke sana sini, tinggalkan anak-anak aku dibawah pengawasan dia ( off course ada ibu bapa atau adik adik aku juga ).

MUrni ni  asalnya dari Lombok.....Masa dia datang rumah aku, umur dia 26tahun, menurut cerita dia 6 hari 6 malam dia naik bas dari Jawa ke Medan lepas tu naik feri lak ke Port klang...lama ekk naik bas....

Murni ni masa kerja ngan aku ..........

Bibik Oh Bibik Part 3 -Julie dan Watie

Masa berlalu, jenuhlah hantar anak gi nursery sementara takde pembantu. Sudahlah angah tu lasak, habis jari anak-anak orang di gigit. Selalu dapat komplen dari nursery , tapi kelakarlah kan report kat aku apa aku boleh buat, caretaker lah patut jaga supaya budak tu tak gigit anak orang. Budak umur kecik gitu mana faham sangat.


Atas usaha mak aku, dapatlah juga seorang lagi pembantu ,kali ni dari Batam pula

5. Julie ..
...Aku ambik kat Batam, ada org imigresen uruskan..... kos dalam Rm2k , murahlah juga..tapi takde permit. Sebenarnya Julie ni orang Palembang, janda kematian suami , ada anak 3 tapi semua di Palembang dengan ibu mertua, dia aje bawa diri keBatam kerjakat kedai makan sebab ibu mertua dia tak suka dia tapi sayang anak-anak dia. Lagipun katanya kat Palembang takde kerja, macamana dia nak bagi duit kat  mertua dia untuk jaga anak-anak dia. Tapi dia takde permit.........